#Alive – Filem Zombie Bajet dari Korea Selatan [Review]

Filem-filem zombie tumbuh bak cendawan akhir-akhir ini dan terbaharu, mungkin dalam usaha menyaingi Train to Busan, Netflix telah menerbitkan sebuah filem zombie Korea Selatan yang baharu berjudul #alive. Admin sempat menontonnya di masa lapang dan jika anda berminat, bacalah review admin mengenai filem tersebut.

Alive

#Alive – Filem Zombie Bajet dari Korea Selatan [Review]

#alive mengisahkan Oh Jun-Woo yang terperangkap dalam apartmennya ketika berlakunya wabak virus misteri yang menukarkan manusia kepada zombie yang memakan manusia. Dalam usahanya untuk kekal hidup beliau berjumpa dengan Kim Yoo Bin, yang tinggal di apartmen seberang dengan apartmennya. Mereka sama-sama terus berusaha untuk meneruskan hidup. Adakah mereka akan berjaya? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Dari mula lagi boleh dilihat bahawa filem ini mempunyai bajet yang rendah, menepati dengan kebanyakan filem Netflix. Ia boleh difahami memandangkan Netflix mempunyai bajet terhad untuk dibelanjakan terhadap sesebuah filem dalam pustakanya. Hasilnya, filem ini kelihatan lebih seperti siri K-Drama di KBS berbanding filem pawagam dari segi mutu sinematografinya.

Alive

Premis jalan ceritanya mudah, untuk terus hidup di apartment sehingga boleh diselamatkan oleh helikopter penyelamat dan menggunakan media sosial untuk meminta bantuan. Jalan ceritanya boleh dijangka, namun admin sejujurnya tidak menjangka keseluruhan filem ini berlangsung di dalam apartmen dan kawasan sekitarnya. Di situlah banyak bajet telah dijimatkan. Namun begitu, props dan setnya masih boleh dikatakan dibikin dengan baik. Dengan kata lain, bajetnya yang sedikit digunakan dengan sepenuhnya.

Alive

Aksi dan babak mendebarkan dalam filem ini juga boleh tahan. Cukup untuk membuatkan penonton terhibur. Namun, admin jangkakan tarikan utama filem ini kepada penonton adalah pelakon Park Shin Hye yang melakonkan Kim Yoo Bin.

Secara keseluruhannya, filem ini jelas sekali bukan di tahap filem pawagam, tetapi itu tidak mengapa. Ia memang dibikin untuk tontonan di rumah, dan admin berasa ia memang sebuah filem yang menghiburkan untuk ditonton bersama rakan atau keluarga di rumah.

Positif vs Negatif

Positif

  • OK lah, tidak membosankan
  • Menggunakan bajet kecil dengan sepenuhnya

Negatif

  • Jelas sekali bukan di tahap filem pawagam
  • jalan cerita yang begitu mudah dijangka.

Kesimpulan

Kesimpunnya filem #alive ini hanyalah sebuah filem untuk hiburan di rumah semata mata. Kalau tiada filem lain untuk ditonton, filem ini bolehlah memberi hiburan di waktu lapang.

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 6/10

Nilai hiburan –7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 6/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *