Antarabangsa

Angel Has Fallen: Plot Biasa, Aksi Luarbiasa

Sejujurnya, kami tidak menyangka siri filem “…has Fallen” akan menjadi satu francais berbilang filem. Filem pertama boleh tahan, filem keduanya pula kurang mengancam pada pendapat kami. Tetapi nampaknya ia tiada tanda-tanda akan berhenti. Ikuti ulasan kami mengenai filem terbaharunya, Angel Has Fallen dan ketahui mengapa kami fikir francais ini tidak akan terhenti di sini sahaja.

Angel Has Fallen: Plot Biasa, Aksi Luarbiasa

Filem Angel Has Fallen sekali lagi mengikuti kisah Mike Banning. Beliau kini telah berkeluarga dengan seorang anak. Beliau masih bekerja dalam Perkhidmatan Rahsia menjaga keselamatan Presiden Trumbull lakonan Morgan Freeman.

Dalam kekecohan politik Amerika masa kini dan kemungkinan pihak White House mempunyai pengintip, Presiden Trumbull mengambil cuti untuk pergi memancing. Seperti biasa, Banning perlu mengikutinya untuk menjaga keselamatannya.

Dalam percutian tersebut, pasukan keselamatan presiden telah diserang sekumpulan dron yang ingin membunuh presiden. Walaupun berjaya diselamatkan, Banning telah dituduh kerana merancang percubaan membunuh itu. betulkah beliau yang merancang cubaan tersebut? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Jika anda seorang yang berpengalaman luas menonton filem-filem aksi sebegini, dukacita dimaklumkan bahawa plot filem ini adalah kitar semula banyak filem aksi sebelum ini. Hero telah dituduh melakukan sesuatu yang di tidak lakukan, dan dia mahu cari penjenayah sebenar. Kebanyakan bahagian plotnya boleh anda jangka jika anda seorang yang berpengalaman.

Angel Has Fallen

Namun itu tidak bermakna anda tidak perlu menonton filem ini. Sungguhpun plotnya biasa dan mudah dijangka. Babak-babak aksinya memang luar biasa dan gempak. Dari serangan dron, aksi kejar mengejar, hinggalah aksi letup-meletup, segalanya dibikin pada skala yang gempak. Percayalah anda tidak akan bosan menonton filem penuh aksi ini.

Kali ini juga filem ini membawa masuk watak baru, iaitu ayah kepada Mike Banning. Beliau seorang yang paranoid dan lucu, sekaligus menambahkan satu elemen baru dalam filem ini.

SPOILER: watak ayah Banning nampaknya sengaja dimasukkan dalam franchais ini. Kami meramal beliau akan menjadi watak tetap dan kemungkinan besar akan muncul dalam sekuel-sekuel akan datang. Ya, daripada kesudahan filem ini, dijangkakan bahawa akan terdapat sekurang-kurangnya satu lagi sequel.

Angel Has Fallen

Pendek kata, Angel has Fallen merupakan sebuah filem aksi sejati. Jalan cerita, walaupun agak sofistiketed, ia bukanlah satu plot yang baharu kerana ia telah kerap kali juga digunapakai. Tontonlah filem ini untuk aksi tanpa hentinya yang memang mendebarkan.

Positif vs Negatif

Positif

  • Aksi-aksi tanpa henti yang mendebarkan
  • Watak-watak yang menarik

Negatif

  • Plot dan jalan cerita telah banyak digunakan dan boleh dijangka
  • sesetengah watak yang mati terlalu cepat dan tidak bermakna.

Angel Has Fallen

Kesimpulan

Seperti yang kami katakan tadi, filem ini adalah filem aksi sejati, cuma plotnya telah banyak digunapakai dalam filem-filem aksi Holywood sebelum ini. Sungguhpun demikian, kami merekomen anda menonton juga filem ini kerana aksinya yang mendebarkan sepanjang filem. Selamat menonton.

Penilaian: 8/10

IMDB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Latest

To Top