Highland Tower [Review]

Kecoh baru-baru ini dengan timbulnya video yang menunjukkan seorang wanita diserang histeria ketika menonton filem Highland Tower keluaran MIG. Tidak pasti samada ia benar-benar berlaku ataupun sekadar drama untuk melariskan filem ini di pawagam. Apa pun kami berkesempatan menonton filem ini dan menilai sendiri adakah ia benar atau sekadar hype sahaja.

Highland Tower

Highland Tower [Review]

Highland Tower merupakan satu filem arahan Pierre Andre dan dibintangi watak utama Mikael Andre. Filem ini dirakam mengikut style filem The Blair Witch Project atau filem [REC] iaitu seolah-olah ia dirakam secara semi-pro oleh kamera amatur.

Kisahnya bermula apabila sekumpulan penjejak hantu diketuai Mikael Andre mencadangkan sebuah dokumentri pencarian hantu kepada MIG dengan tujuan untuk mendapat pembiayaan serta sokongan dari syarikat produksi itu. Setelah mendapat persetujuan, kumpulan itu ke Highland Towers untuk membuat rakaman. Dalam jangkamasa rakaman itu, banyak perkara aneh berlaku.

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini bukan suatu yang baru. Segala yang anda jangkakan akan berlaku dalam sesebuah filem seperti akan berlaku. Namun, perbezaan antara filem ini dengan seumpamanya, contohnya, The Blair Witch Project ialah ia memaparkan apa yang berlaku dan penyelesaian yang dilakukan oleh kumpulan itu untuk menyelamatkan situasi cemas yang berlaku ke atas mereka.

Namun, babak seramnya bermula agak lambat kerana 15-20 minit pertamanya menceritakan bagaimana kumpulan itu mendapat pembiayaan dan bantuan MIG untuk membikin dokumentari tersebut.

Babak seram cerita ini juga agak pendek dan mangambil hanya lebih kurang 40-50% daripada jangkamasa keseluruhan filem. Tetapi, ia agak baik kerana kadang-kala babak seram yang terlalu panjang agak menyiksakan. Sesetengah orang mungkin berpendapat kepanjangan babak seram boleh dikatakan agak berpatutan.

Namun perkara yang berlaku dalam babak seramnya yang dibuat berpandukan laporan kejadian sebenar mungkin telah membuatkannya seram melampau bagi sesetengah penonton hingga menyebabkan histeria, seperti dalam klip video yang tersebar di FB tempoh hari .

Produksi

Filem ini dirakamkan di tapak Highland Towers sebenar pada waktu malam, jadi suasana seramnya sememangnya realistik dengan bilik-bilik dan koridor yang bersepah dengan barangan lama dan tumbuh-tumbuhan liar. Malah pemilihan lokasi rakaman di Highland Towers itu menunjukkan keberanian krew produksi yang membikin filem ini.

Walaubagaimanapun satu masalah yang mungkin dihadapi penonton ialah motion sickness kerana filem ini dibikin menggunakan kamera DSLR dan bergoyang-goyang sepertimana biasanya jika rakaman dibuat menggunakan tangan tanpa peralatan penstabilan. Nasib baik ada kamera statik diletakkan dalam filem ini. Sekurang-kurangnya mata anda dapat sekali-sekala berehat dari motion sickness tersebut.

Lakonan

Kami rasa, inilah bahagian yang menjadi kekuatan filem ini. Para pembikin dan pelakon filem ini berjaya melakonkan watak masing-masing secara natural. Bermakna semua dialog-dialog yang disebut seolah-olah tidak diskripkan dan keluar secara spontan. Perkataan-perkatan dan ayat-ayat diguna juga mencerminkan bagaimana orang-orang biasa biasa bercakap dalam kehidupan sehari-harian. Bab ini kami tabik.

Kesimpulan

Filem Highland Tower ini sememangnya satu filem seram yang dibikin dengan baik. Namun, kepanjangan dan jumlah babak seram yang ada dalam filem ini mungkin akan menghampakan sesetengah orang dan juga mungkin akan melegakan sesetengah orang. Semuanya bergantung kepada minat anda kepada filem seram. Yang pastinya pengakhiran filem ini bijak, namun agak cliche.

Lihat Jadual Tayangan.

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

1 thought on “Highland Tower [Review]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *