Snowpiercer – Siri TV Berasaskan Filem yang Sedang-Sedang [Review]

Bertahun sebelum pengarah Korea Selatan terkenal Bong Joon-ho menerbitkan filem thriller hebat Parasite, beliau pernah mengarah sebuah filem pasca apokaliptik bertajuk Snowpiercer yang ditayangkan di Malaysia pada tahun 2014. Kami pernah membuat review filem tersebut ketika itu dan anda boleh membacanya di sini. Kini Siri TV Netflix Snowpiercer telah menamatkan musim pertamanya dan kami berkesempatan menonton siri tv ini serta membandingnya dengan filem. Ini pendapat kami mengenainya.

snowpiercer

Snowpiercer – Siri TV Berasaskan Filem yang Sedang-Sedang [Review]

Snowpiercer merupakan sebuah keretapi yang mengelilingi bumi yang dibina untuk menyelamatkan manusia dari cuaca sejuk ekstrim bumi akibat kesan sampingan penyelesaian pemanasan global yang gagal dan berakhir dengan cuaca sejuk melampau, jauh di bawah paras beku. Dalam keretapi yang sepanjang 1000 gerabak ini, terdapat satu ekosistem alam yang membolehkan penumpangnya terus hidup dalam dunia beku itu. Namun seperti dalam dunia asal, terdapat kelas-kelas penumpang yang ditentukan berdasarkan sumbangan mereka terhadap projek Snowpiercer itu. Jadi, seperti dijangka, wujutlah heirarki antara kaya dan miskin.

Kisah siri Snowpiercer bertumpu kepada gerabak terakhir, di mana penumpangnya terdiri daripada mereka yang menyeludup masuk ke dalam keretapi secara haram. Mereka hidup melarat dan hanya diberi makan blok protien tanpa sebarang benda lain. Watak utamanya, Andre Layton, merupakan pemimpin kumpulan ini yang merancang sebuah revolusi bagi memperjuangkan hak sama rata penumpang Snowpiercer. Untuk mengetahui hala tuju revolusi ini, tontonlah siri TV ini di Netflix.

Review

Terdapat banyak perbezaan antara filem dan siri TV Snowpiercer, antaranya adalah watak-watak utamanya. Watak utama dalam filem adalah Curtis Everett, yang merupakan seorang lelaki kulit putih, manakala dalam siri TV, Andre Layton adalah lelaki kulit hitam. Kedua, dalam filem, watak Mr Wilford iaitu pengasas Wilford Industries masih hidup di kepala keretapi, namun dalam siri TV, Mr Wilford telah mati dan keretapi tersebut direka dan diurus watak Melanie Cavill dengan menjadikan nama sakti Mr Wilford itu digunakan untuk menyatukan penumpang. Jadi premis kedua-dua olahan idea Snowpiercer ini sedikit berbeza, tetapi temanya sama, revolusi menentang sistem kasta atau kelas.

Walaubagaimanapun, walaupun tema ini dilihat segar pada sekitar pertengahan dekad 2010-2020, ia tidak sehangat dahulu, memandangkan telah banyak filem mengulas topik ini. Sebab itulah kami kurang teruja dengan tema ini dan melihat tema ini agak basi. Pengolahan jalan ceritanya juga tiada banyak idea yang baharu dan akhirnya menjadi satu kisah perebutan kuasa antara watak-watak utamanya. Satu puhak ingin mengekalkan status quo dan satu pihak mahukan kesamarataan. Oleh itu, keseronokan anda menonton siri ini bergantung samada anda sukakan putaran plotnya atau tidak, iaitu putaran plot yang kami rasakan setakat OK sahaja.

snowpiercer

Siri ini boleh dikatakan sebuah political thriller, jadi, aksi bukanlah keutamaannya. Tetapi, babak-babak aksi yang yang ada agak mendebarkan dan juga ganas. Ia sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati peminat aksi, namun harus diingat ia sebuah political thriller. Jika anda penonton yang menjangkakan aksi sepenuhnya, anda mungkin tidak akan menonton sehingga penghujung musim.

Secara keseluruhannya, jika anda telah menonton filem Snowpiercer (ia turut ditayangkan di Netflix), menonton siri TV ini agak berbaloi juga, tetapi jika anda belum tonton filem asal, pendapat kami adalah, anda tidak rugi jika tidak menonton siri TV ini. Tonton siri TV lain dahulu sebelum menonton siri ini.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita berbeza menarik minat penonton filem asal.
  • Walaupun secara keseluruhan ia tidak sehebat mana, putaran plotnya membuatkan penonton mahu menonton episod berikutnya.

Negatif

  • Temanya bukanlah satu yang baharu.
  • Jalan cerita yang sedang-sedang sahaja.

snowpiercer

Kesimpulan

Seperti yang dikatakan tadi, jika anda telah menonton filem Snowpiercer, anda mempunyai sebab untuk menonton siri TV ini, namun jika anda belum menonton filem asal, tidak rugi jika anda tidak menonton siri TV ini.

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

IMDB

 

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.