The Snowpiercer [Review]

The Snow Piercer sebenarnya telah ditayangkan di Korea Oktober tahun lepas dan mendapat sambutan baik di sana. Tetapi daripada apa yang dibaca di internet, filem ini telah disunting dan diubahsuai sedikit bagi penonton Amerika dan mungkin juga penonton antarabangsa. Ada yang mengatakan filem ini “dipermudahkan” kerana takut penonton Amerika tidak dapat memahaminya. Apa pun, kami di Wayangkini.com telah menonton filem ini.

Snowpiercer

The Snowpiercer [Review]

Filem The Snowpiercer adalah sebuah filem Sci-fi Korea Selatan dibikin oleh pengarah Korea  berasaskan sebuah novel grafik Perancis Le Transperceneige tulisan  Jacques Lob & Benjamin Legrand dan Jean-Marc Rochette.

Sunguhpun demikian, ia dilakunkan oleh barisan pelakon pelbagai negara termasuk Amerika, UK, Perancis, Korea, Jepun dan lain-lain. Filem berbahasa Inggeris ini dilakonkan oleh Chris Evens (Captian America) mengisahkan dunia telah menjadi beku kerana satu projek untuk merendahkan suhu dunia gagal dan menjadikan dunia sebuah planet beku.

Snowpiercer

Wilford Industries yang diketuai Wildford telah membina sebuah landasan keretapi yang mengelilingi dunia dan keretapi dengan enjin yang boleh berfungsi selama-lamanya. Dalam keretapi ini satu sistem kasta telah wujud di mana mereka yang berkasta rendah diletakkan di gerabak belakang dan mereka yang bertamadun dan kaya diletakkan di bahagian hadapan keretapi.

Curtis (Chris Evens) mengetuai mereka yang tinggal di gerabak belakang supaya memberontak untuk menguasai seluruh keretapi sekaligus mendapat kehidupan yang lebih baik berbanding gerabak sempit dan makanan sampah yang mereka makan pada ketika itu.

Snowpiercer

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini tidak syak lagi jalan cerita filem terbaik setakat ini pada tahun 2014. Dari awal hingga ke saat terakhir para penonton tidak boleh mengagak apa yang akan berlaku seterusnya.

Walaupun mungkin sesetengah orang boleh meneka sebahagian jalan cerita secara keseluruhan, tetapi secara spesifik, tiada siapa yang boleh menjangkakan apa yang akan berlaku dalam setiap gerabak yang mereka lalui itu.

Bagi mereka yang gemar menonton filem Korea (bukan filem cinta), pasti akan menyedari elemen-elemen Korea dan Holywood digabungkan untuk menjadikan sebuah jalan cerita yang mendebarkan, ganas dan tidak boleh dijangka.

Saya tidak boleh mendedahkan banyak tentang jalan ceritanya kerana tidak mahu merosakkan pengalaman menonton anda, namun cukup dengan mengatakan ia antara terbaik dan walaupun penonton menonton sehingga 20 minit terakhir filem ini, mereka tidak dapat menjangkakan apa pengakhiran filem ini.

snowpiercer13

Lakonan

Satu perkara yang menarik mengenai lakonan dalam filem ini ialah bagaimana pengarah berjaya mendapatkan para pelakon daripada pelbagai bangsa dan negara berlakon tanpa perasaan kekok yang selalu dialami oleh filem yang dibintangi pelokon dari pelbagai bangsa.

Sebagai contoh, jika filem Hong Kong dibintangi pelakon barat, tetentu pelakon barat itu akan kelihatan kekok (tidak berlakon secara natural) dan tidak ditonjolkan sepertimana jika pelakon barat itu berlakon dalam filem Holywood. Begitu juga sebaliknya jika pelakon Hong Kong berlakon dalam filem Holywood.

Tetapi dalam filem ini watak utama dan watak dari Korea berlakon sebagai orang yang sama taraf. Contohnya, Song Kang-ho yang berlakon sebagai Namgoong Minsu, walaupun dia pelakon tambahan utama, beliau tanpa sebarang segan silu berlakon sepertimana berlakon dalam filem-filem Korea yang dilakonkannya termasuk sumpah-menyumpah dalama bahasa Korea. Untuk pengetahuan anda beliau sememangnya seorang pelakon veretan di Korea.

snowpiercer

Kesimpulan

Kebaikan

  • Jalan cerita yang sangat mendebarkan dan menarik.
  • Aksi-aksi yang hebat (dan ganas 18SG).
  • Gabungan mantap pelakon Holywood dan Korea.

Keburukan

  • Versi antarabangsa filem ini telah diedit dan tidak diketahui sebanyak mana ia diedit.
  • Jika difikirkan secara logik, banyak perkara teknikal tidak masuk akal
  • Penutup filem yang menimbulkan lebih banyak persoalan.

Filem The Snowpiercer adalah sebuah filem yang hebat dan mendebarkan. Sayangnya ia dikatakan telah diedit untuk penonton antarabangsa. Tidak diketahui berapa banyak yang telah diedit sehingga versi Korea filem ini dapat kami ditonton. Sungguhpun itu, ia tidak sepatutnya menghalang anda daripada menonton filem ini. Ia tentunya memberi kepuasan kepada mereka yang meminati dilem aksi/thriller.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *