The Monuments Men [Review]

The Monuments Men merupakan sebuah filem berasaskan kisah benar perang dunia kedua mengenai usaha tentera Amerika Syarikat yang berusaha untuk menyelamatkan hasil karya agong seni oleh tokoh-tokoh seni dahulu kala daripada musnah di tangan pihak Nazi atau dibom pihak bersekutu. Filem ini sangat berbeza dari apa yang saya sangkakan, namun ia masih boleh digelar sebuah filem yang baik.

MonumentsMen

The Monuments Men [Review]

The Monuments Men mengisahkan satu pasukan yang terdiri daripada ahli sejarah seni dan kuretor muzium yang ditugaskan menyelamatkan artifek dan hasil seni penting yang ingin dimusnahkan oleh tentera Nazi di Eropah.

Jalan Cerita

Oleh kerana filem ini berdasarkan kisah sebenar, tidak banyak yang boleh dilakukan pengarah untuk mengolah jalan ceritanya supaya lebih dramatik. Sungguhpun demikian, pengarah berjaya mengolah filem ini dengan cukup, supaya ia tidak kelihatan seperti filem dokumentari.

Oleh sebab filem ini berdasarkan kisah benar juga lah ia mempunyai susunan jalan cerita yang mendatar. Ia tidak mempunyai klimaks yang jelas dan ia tidak banyak menerangkan secara terperinci bagaimana satu babak itu bermula dan berakhir.

mov_monuments-men_131030

Sebagai contoh terdapat satu istana lama dimana mereka menjumpai banyak hasil seni lama, namun pengarah tidak pergi atau menjelaskan dengan mendalam apa yang berlaku dalam istana itu, hasil seni apa yang dijumpai dan sebagainya. Semua isi filem ini diceritakan secara umum sahaja.

Sungguhpun demikian, ia mempunyai banyak babak-babak lucu yang berjaya menghiburkan penonton sekaligus tidak menjadikan filem tersebut seperti dokumentari yang membosankan.

Ternyata filem ini akan lebih menonjol kepada mereka yang gemarkan sejarah dan seni, bukan peminat filem aksi.

Lakonan Dan Produksi

Tidak banyak boleh dikatakan mengenai lakonan selain lakonan pelakon utama adalah seperti sesiapa jangkakan daripada pelakon terkenal Hollywood. Apa yang lebih menarik lagi ialah produksinya.

Para pembikin berjaya membina set yang menyerupai bandar-bandar di Perancis, German dan Belgium dengan sangat meyakinkan. Semua kenderaan, bangunan dan persenjataan kelihatan asli sepertimana yang digunakan pada zaman tersebut. Kadang kala anda terfikir bagaimana mereka berjaya membuat set bandar Paris sepertimana ia pada zaman 40an.

Bill Murray;Bob Balaban

Kesimpulan

Kebaikan

  • Informatif. Ia menyentuh isu Monuments Men yang tidak diketahui kewujudannya kepada umum sehingga sekarang.
  • Menghargai jasa Monuments Men yang bergadai nyawa untuk mengembalikan hasil seni penting kepada pemiliknya.
  • Set zaman 40an yang sangat tulen.

Keburukan

  • Walaupun ia filem perang dunia kedua, ia bukan filem aksi.
  • Struktur jalan cerita yang mendatar.
  • Hanya akan menonjol kepada mereka yang minat sejarah dan seni atau kedua-duanya sekali.

Walaupun filem The Monuments Men dibikin dengan baik sekali, tema yang lebih menjurus kepada sejarah dan seni dijangka tidak akan menarik minat mereka yang ingin melihat aksi tembak menembak atau letupan. Dengan kata lain filem ini sangat niche. Direkomenkan kepada mereka yang berminat dalam sejarah perang dunia kedua dan seni.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *