Seobok – Mempersoal Kewajaran Hidup Selama-Lamanya [Review]

Filem Seobok, seingat admin telah ditangguhkan penghujung tahun lepas kerana PKP 2.0. Admin terasa ingin tahu juga filem ini tentang apa? Akhirnya admin berpeluang menonton filem ini dan berikut merupakan pendapat admin mengenai filem ini.

Seobok – Mempersoal Kewajaran Hidup Selama-Lamanya [Review]

Seobok mengisahkan seorang bekas agen perisikan Ki Heon yang ditugaskan untuk mengiringi seorang spesimen eksperimen pengklonan pertama manusia bernama Seobok, yang juga boleh hidup selamanya (selagi tidak dibunuh). Namun terdapat pelbagai pihak yang terlibat dan mempunyai agenda masing-masing merancang menghalang rancangan yang ditetapkan.

Apakah Ki Heon akan berjaya mengatasinya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Dari segi plot, pada pendapat admin, filem Seobok ini bukanlah perkara baru. Subjek eksperimen yang dikejar pelbagai pihak sememangnya satu plot yang banyak digunakan dalam filem Holywood. Tetapi memandangkan ia sebuah filem Korea, elemen kemanusiaan dimasukkan, memberikannya keistimewaannya tersendiri.

Seobok

Tambahan pula, walaupun plotnya tidak menakjubkan admin, cara penulis/pengarah menyusun jalan cerita dan penceritaannya sangat baik memberikan penonton satu aliran jalan cerita yang jelas dan tersusun, membuatkan sesiapa sahaja boleh memahami dan menghayati filem ini. Dari pengenalan hingga ke putaran plot di penghujung filem, cara penceritaan dalam filem ini tidak mungkin mengelirukan penonton, sungguhpun ia melibatkan sedikit elemen saintifik.

Seobok

Babak aksinya juga sangat mendebarkan dan pasti memuaskan peminat-peminat filem aksi. Lakonan semua pelakon juga memberangasangkan. Namun perkara yang paling utama dalam filem ini adalah ia mempersoalkan tentang kewajaran kehidupan selama-lamanya. Adakah ia sesuatu yang baik, atau buruk. Sebagai seorang muslim sebenarnya persoalan ini tidak begitu menonjol, memandangkan setiap muslim sudah tahu apa tujuan hidup, namun mungkin ia merupakan satu persoalan yang merunsingkan bagi sesetengah pihak yang lain. Terpulang kepada interpetasi anda.

Seobok

Secara keseluruhannya, filem Seobok mungkin bukanlah satu filem dengan idea yang baru, namun jalan cerita dan penceritaanya sememangnya antara yang terbaik. digabungkan dengan babak aksi yang mendebarkan dan elemen kemanusian yang memicu pemikran penonton, admin jamin anda pasti puas hati menonton filem ini.

Positif vs Negatif

Positif

  • Susunan jalan cerita yang hampir sempurna
  • Babak aksi yang mendebarkan
  • elemen kemanusian dalam jalan ceritanya
  • putaran plot di penghujung yang menutup cerita dengan muktamad

Negatif

  • Idea cerita ini bukan suatu yang baru

Seobok

Penilaian

Jalan cerita – 9/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *