The Unholy – Kisah Musang Bertopengkan Biri-Biri [review]

Tidak banyak filem menarik sedang ditayangkan di panggung wayang, namun admin telah tertonton trailer filem The Unholy yang dibintangi pelakon John Winchester (Supernatural) dan Negan (The Walking Dead). Admin berkesempatan menonton filem seram ini di pawagam dan di sini admin berkongsi pendapat mengenai filem ini.

The Unholy

The Unholy – Kisah Musang Bertopengkan Biri-Biri [review]

The Unholy mengisahkan seorang wartawan yang telah kehilangan kredibiliti bernama Gerry Fenn yang mendapat satu tugasan melaporkan mengenai kejadian mutilasi haiwan ternakan di sebuah pekan di Banfield, Boston. Apabila kejadian kisah itu hanya salah faham, beliau berlegar-legar di perkarangan gereja di mana kejadian itu berlaku.

The Unholy

Fenn terjumpa sebuah patung di bawah sebatang pokok yang telah mati dan menurut kisah turun temurun, patung tersebut dibuat untuk membawa tuah, tetapi jika dipecahkan, kejadian buruk akan berlaku. Jadi beliau pun memecahkan patung tersebut dengan harapan kejadian aneh akan berlaku dan beliau boleh melaporkannya untuk mendapat wang.

Malam itu, beliau terserempak dengan seorang gadis bernama Alice yang sedang berdoa di hadapan pokok yang disebut tadi. Rupa-rupanya beliau asalnya bisu dan pekak tetapi tiba-tiba sembuh. Beliau juga mendakwa boleh bercakap dengan Mother Mary (Maryam) serta boleh melakukan mukjizat dengan menyembuhkan orang dari penyakit mereka.

Apakah yang sebenarnya berlaku? tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

The Unholy

Review

Sebelum review admin ingin terangkan dahulu filem ini merupakan filem berlatarbelakangkan agama Christian Katolik dan jika anda tidak gemarkan tema keagamaan tersebut, tidak perlu menonton filem ini. Malah filem ini disasarkan untuk pelancaran semasa Good Friday, jelas sekali menyasarkan golongan Katolik.

Walaubagaimnapun, tidak salah menonton kisah filem dari pandangan agama berbeza. Sekurang-kurangnya penonton dapat mengetahui sudut pandang agama berlainan.

Secara keseluruhan filem seram ini merupakan filem seram yang agak konvensional dan plotnya agak terus terang dan putaran plotnya tidak lah kompleks serta mudah difahami. Kebanyakan unsur seramnya dari babak-babak terkejut, cuma mungkin bagi golongan Katolik, watak Mary itu sendiri mungkin menyeramkan kerana unsur penipuan yang ditampilkannya.

Bagi yang muslim, mungkin kita boleh samakan watak Mary ini dengan dajjal kerana persamaan antara watak tersebut dengan dajjal dari segi penipuan.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, babak seram dalam filem ini kebanyakannya adalah babak terkejut, manakala tidak banyak babak babak aksi dalam filem ini. Ia lebih kepada filem penyiasatan untuk mengetahui siapa sebenarnya Mary yang telah berhubung dengan Alice.

Kesudahan filem ini juga boleh dikatakan “happy ending” dan boleh dijangka dalam sebuah filem seram. Malah tidak melampau untuk mengatakan kesudahannya agak klise.

Kesimpulannya filem ini adalah sebuah filem yang agak ringkas dan terus terang. Ia lebih menyasarkan penonton beragama Kristian Katolik, namun semua lapisan masyarakat boleh menonton. Ia tidaklah begitu seram, tetapi menyampaikan ceritanya dengan baik. Cuma tidak banyak yang memberangsangkan mengenai filem ini.

Positif vs Negatif

  • Jalan cerita yang mudah difahami
  • Tidak begitu seram

Negatif

  • Tiada apa yang begitu memberangsangkan mengenai filem ini

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 6/10

Nilai hiburan – 6/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 6/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *