Sisyphus The Myth – Siri Korea Merentas Masa [Review]

Siri Netflix berbahasa Korea Sisyphus The Myth merupakan salah satu siri yang admin mula tonton secara sepontan selepas nampak ia dipromosi di muka hadapan aplikasi Netflix. Admin langsung tidak tahu menahu latarbelakang siri ini melainkan ia siri Sci Fi. Itu sahaja. Siri ini baru menamatkan episod terakhirnya minggu lepas dan admin telah menonton keseluruhan siri ini. Berikut pendapat admin mengenainya.

Sisyphus The Myth

Sisyphus The Myth – Siri Korea Merentas Masa [Review]

Sisyphus The Myth mengisahkan seorang genius Korea bernama Han Tae-Sul yang telah mencipta mesin masa yang membolehkan orang kembali ke masa lampau untuk “membaiki” segala penyesalan mereka. Namun, ada seseorang yang telah kembali dari masa hadapan dan mengubah sejarah serta menyebabkan perang Nuklear yang memusnahkan Korea Selatan.

Sisyphus The Myth mengikuti kisah Han Tae-Sul beberapa bulan sebelum peperangan nuklear tersebut. Apakah yang akan dilakukannya untuk mengelakkan peperangan itu? Tontonlah siri ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Memandangkan admin menonton siri ini secara spontan, admin mempunyai pandangan peratama yang agak negatif mengenai siri ini dan admin jangkakan ada juga akan mempunyai pandangan ini jika menontonnya. Sepanjang 2 atau 3 episod pertama, jalan cerita dan watak-watak dalam siri ini agak kabur. Siapa penjahat, siapa hero dan apakah kaitan antara semua watak itu tidak jelas dan tidak diterangkan. Jadi dalam 2-3 episod pertama admin tidak berapa faham apakah halatuju siri Netflix ini.

Dalam episod seterusnya, barulah ada beberapa butiran yang memberi pencerahan tentang apa kisah yang handak diceritakan. Itu pun jika anda masih berminat untuk menontonnya setelah lebih kurang 3 episod tanpa halatuju. Pencerahannya juga berlaku secara berperingkat. Admin boleh katakan setiap 2-3 episod selepas itu akan berlaku satu pendedahan yang besar bagi meluaskan lagi skop jalan cerita siri ini.

Namun, memandangkan namanya adalah siri sci fi, tentulah terdapat aspek teknikal dan saintifik yang terdapat dalam siri ini. Aspek saintifiknya tidaklah terlalu kompleks dan jika anda biasa menonton filem atau siri sci fi yang berkaitan pengembaraan masa, ia tidak sukar difahami. Lagipun, seperti biasa, siri Korea tidak dapat lari dari tema cinta, termasuklah siri ini. Jelas sekali sasarannya bukan penonton sci fi sahaja, malah penonton K-Drama biasa. Jadi, itulah dia secara ringkas struktur jalan cerita Sisyphus The Myth.

Bagi seorang peminat Sci Fi tegar, admin meletakkan jalan cerita, putaran plot dan nilai innovasi siri ini pada peringkat pertengahan sahaja. Banyak lagi siri sci fi berasaskan masa yang lebih baik dari Sisyphus The Myth. Mungkin satu masalah dengan siri ini adalah ia terlalu banyak babak membazir yang dikaitkan dengan aspek cinta. Ini menjadikan satu episod itu sehingga 1 jam 20 minit panjangnya dan admin tidak merasakan justifikasi untuk memanjangkan durasi setiap episod itu boleh diterima. Ia sepatutnya lebih padat.

Sisyphus The Myth

Secara keseluruhannya, admin tidak merasakan satu perasaan kagum setelah menonton keseluruhan siri ini. Kebanyakan jalan ceritanya boleh dijangka dan putaran plotnya pernah dilihat dalam filem/siri lain sebelum ini. Tiada perkara yang baru. Jadi sukar juga untuk admin merekomen anda menontonnya. Kecuali jika anda peminat Pak Shin Hye atau drama Korea secara umum. Jika anda telah mula menonton, tontonlah sampai habis tapi jika anda belum, admin rasa ada bolehlah skip siri Netflix ini.

Sisyphus The Myth

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita sci fi yang tidak sukar difahami
  • Secara umum, jalan ceritanya OK
  • Babak aksi juga memuaskan

Negatif

  • Tidak membawa apa-apa yang baru dari segi jalan cerita
  • Episod yang panjang meleret.
  • Aspek cinta agak dominan berbanding sci fi.

Sisyphus The Myth

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

IMDB

 

 

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *