X-Men Days of Future Past [Review]

Francais filem X-Men merupakan antara francais filem Marvel Comics yang memang saya minati. Tidak seperti Spiderman yang saya tidak berapa gemar terutamanya yang dilakonkan Toby McGuire. Filem kali ini juga tidak menghampakan dan bukan sahaja menarik dari segi aksinya, malah jalan ceritanya juga tidak membosankan.

X-Men Days of Future Past

X-Men Days of Future Past [Review]

X-Men Days of Future Past mengisahkan dunia masa hadapan yang hampir musnah akibat peperangan di antara golongan mutant dan manusia di mana punca peperangan ini bermula dengan pembunuhan seorang saintis yang mencipta robot Sentinal pada tahun 1967. Robot Sentinal inilah yang membunuh golongan mutant dalam peperangan di masa hadapan dan hampir mustahil untuk dikalahkan.

Kitty Pryde, seorang mutant yang mempunyai kuasa untuk menghantar “kesedaran” seseorang ke dalam diri mereka pada waktu lampau. Tetapi oleh kerana penghantaran kali ini adalah jauh dalam sejarah, hanya Wolverine sahaja yang boleh melakukannya kerana kuasanya untuk menyembuh dengan cepat.

Jadi, Wolverine diberi tugas untuk menghentikan pembunuhan itu dan sekaligus mengelakkan peperangan mutant dan manusia dari bermula.

X-Men Days of Future Past

Jalan Cerita

Banyak gelagat lucu ditampilkan pada awal filem ini apabila Wolverine baru tiba dari masa depan. Ini memberikan mood yang baik kepada penonton untuk menonton filem ini hingga ke akhir. Sehingga ke saat akhir, sukar untuk mengetahui pengakhiran filem ini kerana terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku yang menentukan samada ia mempunyai pengakhiran yang baik atau buruk.

Plot filem ini juga berkembang pada rentak yang baik dan tidak sukar bagi penonton mengikuti jalan ceritanya serta memahami apa yang berlaku. Namun, sebelum menonton filem ini mungkin baik untuk menonton filem X-Men First Class semula bagi mengingat kembali apa berlaku dalam filem tersebut kerana ada kaitannya dengan filem baru ini.

Lakonan

Bagi mereka yang menonton siri TV Game of Thrones, perhatian mereka pasti tertumpu kepada watak Peter Dinklage yang, dalam filem ini melakonkan watak Dr. Bolivar Trask, saintis yang mencipta robot Sentinal yang menyasarkan golongan mutant. Dalam Game of Thrones, beliau memang terkenal sebagai watak orang kerdil tetapi mempunyai jiwa yang kental dan lantang mempertahankan kedudukannya apabila dicemuh.

Dalam filem ini, walaupun lakonannya baik, tetapi pelat bahasa Inggeris Amerikanya tidak berapa menjadi dan kedengaran pelat British dalam percakapannya. Mungkin kerana saya penonton Game of Thrones, namun itulah yang saya perhatikan.

Watak Mystique atau Raven yang dimainkan oleh Jennifer Lawrence  juga tidak kurang hebatnya. Walaupun skil lawannya tidak seberapa dalam filem The Hunger Games, dalam filem ini, aksi akrobatiknya agak menakjubkan.

X-Men Days of Future Past

Kesimpulan

Kebaikan

  • Jalan cerita dan rentak perkembangannya yang baik serta mudah difahami.
  • Seimbang dari segi aksi, jalan cerita dan babak emosi.
  • Filem yang agak panjang, tetapi berbaloi. Tiada babak membazir.

Keburukan

  • Walaupun jalan cerita keseluruhan menarik, jalan cerita di sebelah masa depan yang agak cliche (boleh dijangka).
  • Teknologi 1960-an yang dipaparkan agak tidak logik kerana terlalu maju.

Secara keseluruhan filem X-Men Days of Future Past yang menarik dan wajib ditonton peminat filem superhero. Ia bukan sahaja menerangkan apa yang berlaku dalam kartun-kartun X-Men yang ditonton semasa kecil, malah menyediakan asas kepada filem X-Men lain di masa hadapan.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *