Satu lagi filem epik pengembaraan arahan Christopher Nolan akan menemui anda November ini. Interstellar merupakan sebuah filem yang mengisahkan kisah di masa hadapan di mana bumi mengalami kekurangan bekalan makanan akibat pelbagai fenomena alam yang mengganggu penghasilannya.
Saintis pula telah menemui cara untuk mengembara ke angkasa lepas melalui “wormhole” yang membolehkan kapal angkasa mengembara lebih jauh ke angkasa lepas dari dibayangkan sesiapa. Sekumpulan pengembara angkasa diketuai Cooper ditugaskan untuk mencari planet yang boleh dihuni manusia yang perlu dipindahkan dari bumi berikutan fenomena alam yang kian buruk.