Earth to Echo mengisahkan Tuck, Munch dan Alex yang mula menerima isyarat pelik yang dienkripsikan pada telefon pintar mereka selepas satu projek pembinaan mula dijalankan. Menyangkakan suatu yang besar sedang berlaku, mereka cuba memberitahu ibu bapa mereka dan pihak berkuasa.
Kerana tiada sesiapa percaya kepada mereka, mereka mengambil keputusan untuk melancarkan satu misi rahsia untuk menafsirkan kod tersebut dan mengikutinya ke sumbernya. Misi itu membawa mereka menjumpai makhluk dari planet lain dan pengembaraan selepas itu bakal merubah hidup mereka.
Filem ini akan ditayangkan di Amerika mulai 2 July. Belum dapat dipastikan samada ia akan memasuki Malaysia, tetapi filem genre begini biasanya akan dibawa masuk ke Malaysia.