Unbroken [Review]

Unbroken sepatutnya ditayangkan pada hari krismas tahun lepas, namun ditangguhkan tayangannya di Malaysia sehingga minggu lepas. Kami berpeluang menonton filem ini Ahad lepas dan memberi sepatah dua pendapat tentangnya.

unbroken_103413519-e1419161629297

Unbroken [Review]

Unbroken merupakan kisah benar yang menceritakan Louis Zamperini merupakan seorang atlit larian jarak sederhana yang menyertai tentera udara Amerika apabila ia menyertai perang dunia kedua. Satu hari ketika menyertai misi mencari dan menyelamat, kapal terbang beliau mengalami kerosakkan dan terhempas di tengah lautan Pasifik.

aramajapan_miyavi-angelina-jolie-unbroken

Dia dan dua rakannya selamat, namun terpaksa mengharungi 48 hari ditengah laut dengan hanya berbekalkan dua buah bot getah, bekalan makanan dan air yang sedikit dan mata kail untuk menangkap ikan. Menyangka mereka diselamatkan, rupa-rupanya mereka ditangkap oleh tentera laut Jepun dan dibawa ke kem tahanan di mana mereka menghadapi cabaran lebih getir.

Apa yang berlaku kepada Louis dan rakan-rakannya? Saksikan filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

UNBROKEN

 

Jalan Cerita

Oleh kerana filem ini merupakan sebuah kisah benar, ia tidak memaparkan perkara luar biasa seperti kuda boleh terbang atau kapal angkasa datang untuk menyelamatkan watak utama. Ia mengisahkan penderitaan yang dihadapi Louis Zamperini semasa beliau dan rakan ditawan tentera Jepun.

Namun apa yang diolah dalam filem ini ialah kisah beliau menjadi seorang atlit Olimpik yang bermula sebagai budak bermasalah yang selalu ditangkap polis. Ia memfokuskan sikap tidak putus asanya dalam menghadapi dan mengatasi segala kepayahan dan penyiksaan yang dihadapinya di tangan tentera Jepun.

1405106378_unbroken-movie-zoom

Walaubagaimanapun, paparan kekejaman tentera Jepun dalam filem ini saya rasa terlalu banyak sehinggakan ia seolah-olah itu sahaja yang hendak dipaparkan filem ini. Kadang-kala terasa seperti ketua pusat tahanan, Korperal Watanabe ada penyakit mental kerana selalu menyasarkan Louis untuk disiksa.

Apa yang menjengkelkan lagi ialah beliau tidaklah mempunyai penampilan garang dan kejam. Sebaliknya mempunyai penampilan seperti artis K-Pop yang lebih feminin. Pelakonnya langsung tidak kena dengan watak yang dimainkan.

Produksi

141223_BB_UnbrokenBird.jpg.CROP.promo-mediumlarge

Namun, apa yang paling boleh diberi pujian ialah komitmen pelakon-pelakonnya. Apa yang saya maksudkan ialah jika anda menonton filem ini nanti, anda tentu akan perasan pada mula filem ini, pelakon-pelakon, terutamanya Louis dan rakan-rakannya mempunyai badan yang sasa, tetapi setelah mengalami 48 hari di tengah laut, boleh dilihat badan mereka menjadi kurus sehingga menampakkan tulang rusuk. Ini patut diberi pujian tinggi kerana mereka sanggup menguruskan badan yang sasa demi untuk berlakon dalam filem ini.

Kesimpulan

Positif

  • Penyampaian yang berkesan pada emosi terutamanya bila beliau berjaya mengatasi penderitaan yang dialaminya.
  • Lakonan mantap pelakon-pelakon utama, kecuali watak Korperal Watanabe.
  • komitmen tinggi pelakon.

Negetif

  • Terlalu banyak babak kekejaman sehingga anda berasa bosan.
  • Tidak banyak kepelbagaian dalam mood filem. Ia dikuasai paparan penderitaan.

Filem Unbroken merupakan filem arahan Angelina Jolie pertama yang saya tonton dan berdasarkan fakta itu saya boleh terima kelamahan yang dilihat dalam filem ini. Kelemahan-kelemahan ini tidak bermakna ia sebuah filem yang teruk. Cuma ia terlalu memfokuskan kepada satu atau aspek penceritaanya sehingga tiada kepelbagaian dalam mood penceritaannya.

Tambahan pula ia sebuah filem kisah benar, jadi kita tidak boleh mengharapkan keajaiban berlaku tanpa usaha.

IMDB

,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

1 thought on “Unbroken [Review]

  1. Ping balik: Unbroken | KeDai KoPi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *