The Last : Naruto The Movie [Review]

Sepertimana peminat-peminat siri anime Naruto sudah sedia maklum, siri anime tersebut telah tiba ke penghujung dan sebagai penutup satu filem terakhir telah diterbitkan bertajuk The Last : Naruto The Movie. Sebenarnya saya tidaklah mengikuti perkembangan siri anime Naruto, tetapi dari masa ke semasa, saya juga menonton filem 2 jam yang diterbitkannya. Jadi, review ini adalah review dari pandangan dari seorang yang bukan peminat tegar (tetapi tidak pula membenci) anime Naruto.

screenshot211

The Last : Naruto The Movie [Review]

Kisah The Last : Naruto The Movie berlaku dua tahun selepas peristiwa peperangan besar ninja keempat, di mana bulan yang telah dicipta Hagoromo Otsutsuki lama dahulu untuk menyimpan Patung Gedo mula jatuh ke arah bumi dan menjadi meteor yang akan memusnahkan segala yang terkena impaknya.

trailer_du_film_the_last_naruto_the_movie_2408

 

Di tengah-tengah krisis ini, keturunan langsung Kaguya Otsutsuki bernama Toneri Otsutsuki cuba menculik Hinata Hyuga tetapi akhirnya hanya berjaya melarikan adiknya Hanabi. Naruto dan rakan-rakannya kini melancarkan misi menyelamat sebelum mendapati diri mereka terlibat dalam pertempuran akhir untuk menentukan nasib semua.

Jalan Cerita

Satu perkara yang perlu dijelaskan sebelum kita pergi lebih jauh ialah filem ini merupakan filem bertemakan cinta, jadi bila anda menonton filem ini bersedialah untuk menghadapi babak-babak jiwang Naruto yang agak banyak. Sungguhpun demikian, tidak bermakna ia menjadi kurang menarik. Masih terdapat banyak babak bertempur dan berlawan, walaupun tidak sebanyak filem sebelum ini, namun pokoknya ia masih padat dengan aksi bagi menjadikannya sebuah filem Naruto.

Naruto-672x372

Namun apa yang tidak ubah berbanding filem-filem Naruto sebelum ini ialah ia berjaya mengetengahkan pengajarannya secara berkesan, walaupun pengajarannya kali ini berkenaan cinta. Dengan tidak mengambil kira samada anda peminat filem cinta atau tidak, filem ini disusun dan diceritakan dengan baik walaupun lawak jenakanya telah berkurangan dengan agak banyak.

The Last Naruto The Movie Clips (Brief Naruto vs Toneri Footage).mp4_snapshot_00.40_[2014.11.30_13.31.41]

Tanpa mendedahkan banyak spoiler, saya boleh simpulkan bahawa filem ini menyimpulkan hubungan Naruto dengan “kekasihnya” dari mula mereka berjumpa hingga kini dan pada akhirnya memberi penutup kepada keseluruhan kisah Naruto dengan cara yang logikal (dan tipikal).

Kesimpulan

Positif

  • Kualiti animasi yang tinggi dengan adunan 3D dan 2D.
  • Jalan cerita yang disusun dengan baik

Negetif

  • Bertemakan cinta – Pasti tidak digemari peminat tegar Naruto
  • Kurang lawak jenaka.
  • Babak aksi yang banyak tetapi pendek.

Jika ditanya kepada peminat tegar Naruto yang telah menonton filem ini, rata-rata kurang berpuas hati dengan filem terakhir ini. Namun harus diingat, filem ini adalah filem penutup bagi menamatkan siri anime tersebut dan penulis skrip perlu tampil dengan sebuah penutup yang logikal yang boleh menutup atau mengurangkan peluang untuk satu sambungan kepada siri tersebut. Ini sudah pasti akan menghampakan peminat.

Sungguhpun demikian, ia sepatutnya boleh dibuat dengan lebih baik. Tetapi bagi seorang yang tidak mengikuti perkembangan anime Nauto, tiada komplen di pihak saya. Mungkin anda mempunyai pandangan berbeza? Jangan lupa undi filem ini di bahagian penilaian di sebelah kiri.

IMDB

,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

2 thoughts on “The Last : Naruto The Movie [Review]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *