Seorang pembaca Wayangkini.com pernah bertanya bilakah filem The Imitation Game akan ditayangkan di Malaysia dan pada masa itu saya fikir, memandangkan filem ini mempunyai kaitan sedikit dengan tema hak homoseksual, ia mempunyai peluang 50:50 untuk ditayangkan di Malaysia. tetapi nampaknya sejak seminggu lalu ia telah ditayangkan di pawagam TGV dan GSC terpilih sahaja. Saya berpeluang menonton filem menarik ini dan menilai sendiri samada sangkaan awal saya melest atau tidak.
The Imitation Game [Review]
The Imitation Game merupakan sebuah kisah benar mengenai Alan Turing, seorang pakar matematik yang secara ringkasnya merupakan bapa perkomputeran. Beliau adalah orang pertama yang mencipta sebuah komputer yang digunakan untuk memecahkan kod Enigma pihak Nazi yang seterusnya membolehkan perang dunia datamatkan 2 tahun lebih awal.
Filem ini memaparkan kisah suka dan dukanya dalam cabaran membina mesin yang boleh memecahkan kod Enigma di samping menyimpan rahsia bahawa dia seorang homoseksual yang pada zaman itu merupakan kesalahan besar di England yang membawa hukuman penjara.
Jalan Cerita
Filem ini merupakan sebuah kisah benar, jadi jalan ceritanya sudah berada dalam buku-buku sejarah dan bukan suatu yang mengejutakan. Namun, pengarah bijak mengolahnya untuk menjadikan filem ini sentiasa menarik dan dramatik serta tidak hambar seperti filem sejarah lain.
Cara penceritaan filem ini mempunyai flashback di antara 3 zaman iaitu zaman 1951, iaitu tahun Alan Touring ditangkap kerana homoseksualiti, Zaman awal 40an, semasa beliau menjalankanp projek rahsia memecahkan kod Enigma dan tahun awal 30an di mana belaiu masih bersekolah asrama. Penceritaan ini agak mengelirukan jika anda tidak menumpukan perhatian, tetapi menjadi jika anda tetap fokus pada skrin (dan memahami bahasa Inggeris dengan baik).
Lawak jenaka pada permulaan filem ini juga ditulis dengan baik, sepertimana kebanyakan komedi British yang biasanya menampilkan komedi bijak.
Produksi
Pasukan produksi mejalankan kerja dengan baik dengan membina semula suasana kelam di Britan semasa dikepung dan dibom pihak Nazi sehingga hampir kebuluran. Jika tidak kerana konvoi dari USA dan Kanada, negara itu tentu telah kebuluran.
Saya nasihatakan anda membaca atau menonton dokumentari tentang latarbelakang situasi peperangan ketika itu untuk mendapat lebih “feel” tentang kepentingan kerja yang dilakukan Alan Turing dan pasukannya.
Kesimpulan
Positif
- Skrip yang ditulis dengan baik.
- Jalan cerita diolah dengan baik dan tidak langsung membosankan, walaupun ia filem sejarah.
- Lakonan mantap Benedict Cumberbach.
Negetif
- Jika anda mengharapkan aksi, memang tiada aksi lasak dalam filem ini.
- Kesudahan yang agak menghampakan, tetapi itulah realiti, tidak semuanya seceria seperti digambarkan Holywood.
Filem The Imitation Game merupakan sebuah filem yang dibikin dengan baik terutamanya dari segi skrip. Bagi sebuah filem sejarah, agak mengejutkan ia lucu, menghiburkan dan mendebarkan pada masa yang sama. Namun ia tidaklah sampai ke tahap epik.
Bahagian yang menyentuh homoseksualitinya juga tidaklah keterlaluan. Mungkin pengarah tahun, tidak semua orang setuju dengan homoseksualiti, namun filem ini mahu menekankan kepentingan memperakui sumbangan seseorang, tidak kira orientasi seksualnya. Saya boleh merekomenkan anda menonton filem ini di pawagam, tetapi perlu cepat kerana bilangan tayangannya semakin kurang dengan cepat.
3 thoughts on “The Imitation Game [Review]”