[Review] The Fool – Drama Terbaik Menerangkan Kesan Korupsi

Admin terserempak dengan sebuah filem drama Russia (2014) bertajuk “The Fool” yang mendapat rating yang agak baik dan setelah membaca sinopsisnya, admin tertarik untuk menonton filem ini melalui “sumber-sumber alternatif”. Berikut ulasan admin mengenai filem ini.

[Review] The Fool – Drama Terbaik Menerangkan Kesan Korupsi

The Fool mengisahkan Dima Nikitin, seorang tukang paip yang bekerja dengan pentadbiran sebuah bandar kecil di Russia. Beliau seorang yang sangat jujur tetapi hidup di dalam sebuah masyarakat yang sangat korup ke tahap yang boleh dikatakan tiada harapan lagi. Oleh sebab itu beliau digelar orang bodoh kerana terlalu jujur, satu sifat yang menurun dari bapanya yang juga jujur. Malah ibu dan isterinya juga risau tentang sifat jujurnya serta menggalakkannya supaya menuruti sahaja budaya masyarakat yang korup.

fool

Satu malam, beliau dipanggil untuk memeriksa masalah perpaipan di satu bangunan dorm lama yang menempatkan 800 orang penduduk di kalangan orang miskin dan tiada harapan. Beliau tidak sepatutnya menjaga kawasan tersebut, tetapi terpaksa dipanggil kerana kekurangan orang. Apa yang disangka pemeriksaan rutin, bertukar menjadi masalah kritikal apabila didapati seluruh bangunan tersebut sebenarnya telah condong dan berkemungkinan akan runtuh dalam masa kurang 24 jam.

Dengan bertanya kepada orang-orang yang bekerja di situ mendapati ketua penyelenggaraan di situ yang sepatutnya melakukan pemeriksaan dan pembaikan berkala hanya mengecat bangunan tersebut dan menyeleweng bajet untuk menyelenggara bangunan. Perkara ini telah lama berlaku, malah orang sudah biasa dengan penyelewengan yang berlaku sehingga mereka memperdulikan sahaja perkara tersebut. “Bukan masalah kami” katanya.

Oleh kerana waktu ketika itu lewat malam, maka pejabat pentadbiran tidak lagi buka. Mujurlah seluruh warga pentadbiran bandar sedang berpesta di sebuah restoran, jadi Dima bolehlah berjumpa dengan datuk bandar (Nina Galaganova) untuk menerangkan masalah tersebut. Dengan semua staf dalam keadaan mabuk, Dima memberitahu datuk bandar mengenai malapetaka yang bakal dihadapi bandar itu dan apa lagi, Nina panik dan memanggil semua ketua bahagian yang sedang mabuk itu untuk bermesyuarat. Di situlah bermula segala dramanya.

Review

Sebenarnya plot filem ini ringkas sahaja. Sebuah bangunan hendak tumbang, dan reaksi sepatutnya adalah untuk memindahkan penduduk, bukan? Tetapi filem ini mendedahkan satu persatu kesan korupsi dalam organisasi pentadbiran bandar tersebut sehinggakan perkara yang semudah itu pun menjadi sukar kerana tidak mahu terkantoi. Filem ini seolah-olah memberikan penonton satu tutorial kepada definisi sebuah kerajaan tempatan yang korup yang turut memberi kesan kepada penduduk yang turut menjadi korup akibat korupsi pihak atasan.

Plot dan pengolahan jalan cerita dalam filem ini memang berkesan dan antara yang terbaik pernah admin tonton, membolehkan penonton mudah memahami bagaiman korupsi mengambil tempat di dalam sesebuah masyarakat dan betapa ia memusnahkan harapan semua orang untuk masa depan yang cerah. Setiap wataknya direka dengan baik dan didatangkan dengan peranan mereka tersendiri dalam pentadbiran berunsurkan rasuah itu. Pada satu tahap anda akan terasa untuk faceplam diri sendiri melihat tahap korupsi yang berlaku di dalam masyarakat tersebut.

fool

Memang seronok melihat para pentadbir menggelupur apabila mereka bakal terkantoi jika bangunan dorm tersebut runtuh yang pasti akan menyebabkan pentadbirannya disiasat. Oleh sebab itu segala-gala kroni dipanggil untuk membantu tetapi tidak berjaya kerana semua orang terikat dengan kroni yang lain dan tidak dapat membantu.

Walaubagaimanapun, walaupun protagonis merupakan seorang yang jujur dan kita mengharapkan beliau berjaya mencapai matlamatnya, filem ini disudahi dengan babak yang sangat ironik. Apakah ironinya? Anda perlu tonton sendiri untuk mendapat kepuasan mendapat kesimpulan itu.

fool

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang mudah difahami tetapi mendalam
  • Lakonan yang baik

Negatif

  • Tiada kelemahan yang jelas memandangkan ia sebuah filem bajet rendah

fool

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami sangat merekomen anda mencari dan menonton filem The Fool ini. Walaupun ia sebuah drama dan tiada babak aksi atau lawak jenaka, ia sangat membuka mata kepada korupsi dan kesannya kepada masyarakat dengan satu cara yang tidak membosankan. Admin sangat berpuas hati dengan perjalan ceritanya dan kesudahannya yang ironik.

Admin akhiri dengan kata-kata dari Dima kepada isterinya yang menmpersoal kenapa beliau ingin menyelamatkan golongan “nobodies” di dalam dorm yang hendak runtuh itu:

“We live like animals and die like animals because we are nobodies to each other”

Penilaian

Jalan cerita – 10/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *