Red 2 [Review]

Red 2 merupakan sekuel kepada filem aksi komedi Red yang diterbitkan pada tahun 2010 mengisahkan agen CIA yang telah bersara, Frank Moses terpaksa kembali ke dunia spec ops (operasi khas) untuk mencari sebuah senjata pemusnah yang mengancam keselamatan dunia.

Red 2Red 2

Frank Moses (Bruce Willis), seorang agen CIA yang telah bersara berharap untuk hidup bahagian dan tenang bersama isterinya Sarah (Marie Louise Parker), namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, dia, isterinya dan pasukan khasnya yang tidak dirancang bersama-sama menjejak senjata pemusnah dengan bantuan Dr Bailey (Anthony Hopkins).

Sepanjang penjejakan, mereka menempuh banyak situasi-situasi berbahaya dan lucu. Dapatkah mereka menjejak senjata pemusnah dan menyelamatkan dunia?

Lakonan

Filem ini merupakan satu filem aksi komedi yang menarik. Lakonan pelakon yang bersahaja walaupun dalam situasi yang sangat merbahaya sangat menghiburkan. Secara spesifik, lakonan Anthony Hopkins yang berlakon sebagai seorang saintis yang tidak siuman sememangnya menjadi dan menghiburkan.

Jalan Cerita

Jalan ceritanya tidaklah bergitu kompleks, namun terdapat beberapa twist atau kejutan yang menjadikan filem ini bukan satu filem aksi komedi tipikal. Lawak-lawak yang diperlihatkan sangat bersahaja dan lucu dan pasti menghiburkan penonton. Namun ia bukanlah suatu filem yang akan anda ingati seminggu dari sekarang. Ia sekadar filem yang menghiburkan.

Kesimpulan

Red 2 merupakan sebuah filem aksi komedi yang menarik, namun kami tidak rekomen ianya ditonton oleh kanak-kanak. Bukan sahaja kerana aksi tembak-menembak dan bunuh-membunhnya, malah kerana aksi-aksi tersebut dilakukan itu dilakukan dengan selamba dan bersahaja. Kanak-kanak yang menonton mungkin akan menyangka bunuh-membunuh, sepak-menyepak dan tembak-menembak adalah perkara yang biasa dan tidak salah.

Namun, untuk penonton dewasa yang ingin berhibur di hujung minggu, movie ini ditujukan kepada anda.

IMDB

LAKONAN                 8/10
AKSI                             7/10
PRODUKSI                  7/10
KESELURUHAN       7/10

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *