Police Story 2013 [Review]

Siri filem Police story merupakan siri filem lakonan Jackie Chan paling epik, terutamanya Police Story 3 yang menjalankan penggambarannya di Malaysia. Saya tidak dapat lupakan kegembiraan para peminatnya di Malaysia apabila pertama kali menonton filem tersebut di kaca TV di sekitar tahun 1990an.

jackie-chan-police-story

Police Story 2013 [Review]

Police Story 2013 merupakan pembikinan semula filem Police Story namun berlainanan dari siri Police Story sebelum ini yang bertemakan aksi semata-mata, filem kali ini bertemakan aksi/thriller.

Detektif Zhong Wen datang ke kelab malam bernama Wu Bar untuk bertemu dengan anak perempuannya, Miao Miao, yang telah lama tidak dijumpainya. Miao memperkenalkannya kepada Wu Jiang, iaitu pemilik kelab malam tersebut dan juga teman lelaki barunya.

Tetapi tanpa disangka, beliau telah menangkap Zhong Wen dan mengambil beberapa pelanggan berstatus tinggi yang datang ke kelab malam itu sebagai tebusan dalam kelab malam yang sebenarnya dibina seperti sebuah kubu.

Lama-kelamaan, perbuatan menculik yang dilihat seperti tidak mempunyai sebab yang munasabah mula kelihatan seperti sebahagian daripada satu rancangan yang lebih besar. Apakah rancangan tersebut? Untuk mengetahuinya, tontonilah filem ini di pawagam berhampiran anda.

police-story-jackie-chan

Jalan Cerita

Dari segi jalan cerita, filem ini adalah yang terbaik antara semua filem Police Story. Berlainan dari filem-filem sebelumnya yang dibikin di Hong Kong, filem ini dibikin di China. Perbezaannya amat ketara. Jalan ceritanya lebih kompleks, lebih mendalam dan lebih bermakna.

Jalan ceritanya akan membuat penonton berfikir tetang apa yang akan berlaku seterusnya kerana pada awal filem ini, boleh dilihat bahawa ada sesuatu yang tidak kena mengenai penawanan tebusan tersebut namun sukar untuk meneka apa yang sedang berlaku. Sedikit demi sedikit cerita di sebalik penculikan Zhong Wen dan beberapa pelanggan berstatus tinggi itu terungkai.

Namun, oleh kerana jalan ceritanya yang kompleks, penonton seharusnya memberi sepenuh perhatian kerana jika penonton terlepas isi penting dalam filem ini, mungkin beliau tidak dapat memahami apa yang berlaku. Tambahan pula, penonton tidak akan dapat meneka pengakhiran filem ini berdasarkan permulaan. Ini menunjukkan kebijaksanaan pengarah dan penulis skripnya.

police-story-2013-5

Lakonan

Walaupun filem ini lebih memfokuskan kepada jalan cerita, babak-babak aksinya tidak kurang hebatnya. Satu ciri menarik mengenainya ialah, apabila satu babak tersebut mempunyai beberapa kemungkinan, kemungkinan tersebut akan dilakonkan dan dipertontonkan kepada penonton.

Berlainan dari filem-filem sebelumnya, lakonan dalam filem ini serious dan tiada langsung lawak jenaka yang sinonim dengan filem-filem Jackie Chan. Ini bukan sesuatu yang buruk kerana jalan ceritanya sememangnya serious dan tidak ada ruang untuk melawak.

Satu yang baik mengenai dilem ini ialah lakonan para pelakon tambahan juga sangat baik berbanding dalam beberapa filem Jackie Chan yang lain yang menggunakan khidmat pelakon-pelakon baru yang tidak berpengalaman.

Namun penggunaan CGI yang kurang bermutu dalam beberapa babak aksinya agak mendukacitakan. Nasib baik babak-babak tersebut hanya sedikit sahaja.

Kesimpulan

Filem Police Story 2013 merupakan sebuah filem yang sangat baik. Jalan ceritanya mendebarkan dan skripnya ditulis dengan sangat baik. Ia juga seimbang dari segi aksi dan jalan cerita. Malah jalan ceritanya yang kompleks akan memberikan kepuasan pada penonton di penghujung ceritanya.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

2 thoughts on “Police Story 2013 [Review]

  1. Cerita yang menarik untuk ditonton. Jalan cerita dan aksi Jackie Chan sememangnya tidak menghampakan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *