Pelakon Vin Diesel mengumumkan tarikh baru bagi penayangan filem Fast and Furious 7 atau Fast 7 yang tergendala setelah kematian pelakon utamanya, Paul Walker. Beliau mengumumkan tarikh penayangan baru itu dalam laman Facebooknya baru-baru ini.
Vin Diesel Mengumumkan Tarikh Tayangan Fast 7
Vin Diesel mengepos gambarnya bersama Paul Walker semasa berada di set Fast 7 sambil menyampaikan mesej berikut :
“The last scene we filmed together…
There was a unique sense of completion, of pride we shared… in the film we were now completing… the magic captured… and, in just how far we’ve come…
Fast and Furious 7 will be released…
April 10th 2015!
P.s. He’d want you to know first…”
( Terjemahan :
Babak terakhir kami digambarkan bersama…
Terdapat perasaan “lengkap” yang unik, kebanggaan yang kami kongsi… dalam filem yang kami sedang siapkan… keajaibannya dirasakan… dan, betapa jauhnya kami telah pergi…
Fast and Furious 7 akan dilancarkan….
pada 10 April 2015!
P.s. Dia tentunya mahu anda mengetahuinya terlebih dahulu…)
Sementara itu, menurut pengarahnya, skrip asal akan diubahsuai sedikit dan video-video dari filem-filem Paul Walker sebelum ini akan diambil dan dimasukkan ke dalam filem baru itu bagi melengkapkan filem tersebut. Ini lebih praktikal daripada membuat semula filem tersebut dari kosong.
Lagipun, tidak adil bagi mendiang Paul Walker dan keluarganya jika pengarah memutuskan untuk membuat filem baru Fast 7 tanpa menyertakan watak yang dimainkan Paul Walker.
Walaubagaimanapun, ini semua bergantung kepada keputusan syarikat perfileman Universal yang mempunyai opsyen untuk membuat tuntutan insurans jika dirasakan filem ini tidak dapat disiapkan tanpa pelakon Paul Walker. Jika ia memutuskan untuk membikin semula filem ini dari kosong, ia akan menjadi tuntutan insurans terbesar dalam sejarah Hollywood.
Semasa kematian Paul Walker, pengambaran filem ini hanya separuh lengkap.
Kepada peminat-peminat Fast 7, nampaknya anda terpaksa menunggu setahun lagi untuk menonton filem yang dinanti-nantikan ini.