Antarabangsa

Polaroid – Filem Seram Dengan Formula Lapuk

Dia luar negara, filem Polaroid telahpun masuk ke format DVD, namun di Malaysia filem ini baru sahaja ditayangkan di pawagam. Apa pun kami sempat menonton filem ini dan berikut merupakan pendapat kami mengenai filem ini.

Polaroid – Filem Seram Dengan Formula Lapuk

Filem Polaroid mengisahkan Bird Fitcher yang mendapat sebuah kamera Polaroid antik dari rakannya. Beliau pun mula cuba-cuba mengambil gambar rakan-rakannya. Tetapi tanpa disangka, rakannya mula mati satu per satu. Apakah yang berlaku kepada mereka? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sejujurnya tema filem barang harian yang membawa maut dahulunya popular pada sekitar tahun 2000an, kini tampak sedikit lapuk. Jika dulu filem seperti One Missed Call, Shutter, dan The Ring menampilkan telefon pintar, kamera dan kaset video sebagai barangan harian yang menjadi medium entiti paranormal, formula tersebut pada pendapat kami tidak menjadi pada zaman ini.

Apa pun, filem Polaroid ini mengambil kamera polaroid sebagai medium paranormalnya. Bagi mereka yang melalui zaman kegemilangan filem seram sebegini sepanjang zaman 2000an, jalan cerita filem ini sememangnya mudah dijangka. Dari segi babak seramnya, ia banyak bergantung kepada elemen kejutan untuk menakutkan penonton. Jika anda jenis yang suka dikejutkan, filem ini untuk anda. Namun, babak-babak seramnya agak pendek dan kurang dramatik disebabkan kependekannya.

Polaroid

Secara keseluruhannya, dari segi penceritaannya dan susun atur babak-babak, filem ini boleh dikatakan OK. Cuma mungkin babak-babak dramatik dan seramnya agak pendek. Tiada masalah besar dengan lakonan dan watak-watak yang ditampilkan dalam filem ini. Cuma, masalah utama filem ini ialah genre yang dihuninya boleh dikatakan telah lapuk dan kebanyakkan penonton boleh menjangkakan jalan ceritanya.

Positif vs Negatif

Positif

  • Susun atur filem yang OK
  • Lakonan watak yang juga ok

Negatif

  • Jalan cerita yang sudah boleh dijangka penonton

Polaroid

Kesimpulan

Jika anda telah menonton filem-filem yang anda ingin tonton dan anda dalam keadaan kebosanan atau hendak membuang masa, anda mungkin boleh menonton filem ini untuk mengisi masa lapang. Tapi tidak perlu meletakkan harapan tinggi pada filem ini. Sebenarnya filem ini lebih sesuai masuk ke siaran tv kabel atau Astro berbanding ke pawagam. Umum mengetahui bahawa antara filem yang mempunyai majet pembikinan yang rendah adalah filem seram dan jika berjaya menangkap penonton, keuntungannya tinggi, walaupun tidak mendapat kutipan box office. Mungkin ini sebabnya Holywood gemar membikin filem-filem seram sebegini. Ia boleh buat keuntungan cepat.

Penilaian: 5/10

IMDB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Latest

To Top