Antarabangsa

Godzilla King of the Monsters – Filem Khas Buat Peminat Filem Godzilla Original

Sejujurnya admin tidak pernah menonton filem Godzilla semasa kecil, namun admin banyak menonton siri TV Ultraman yang pelbagai jenis. Namun, kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi semangat “adiwira” Jepun yang ikonik. Walaupun Godzilla bukanlah boleh dikatakan adiwira seperti Ultraman, namun ia menyelamatkan manusia dengan caranya tersendiri. Filem Godzilla pertama juga telah meletakkan Godzilla sebagai penyelamat umat manusia dengan berlawan dengan raksasa yang memusnahkan bumi. Filem Godzilla Kong of the Monsters menyambung kisah Godzilla dan memperluaskan lagi universe raksasa yang diterajui pertubuhan Monarch. Kami sempat menonton filem ini di pawagam dan ini pendapat kami mengenainya.

Godzilla King of the Monsters – Filem Khas Buat Peminat Filem Godzilla Original

Setelah penemuan Gozilla dalam filem pertama, organisasi Monarch telah menemui banyak lagi raksasa yang hidup berhibernasi dalam tanah di serata dunia. Seorang paleobiologis organisasi tersebut yang bernama Emma Russell telah mereka sebuah alat yang dinamakan Orca yang mampu menenangkan makhluk-makhluk gergasi tersebut sekaligus mengawal makhluk tersebut dari terus mengamuk dan memusnahkan bumi.

Namun kumpulan eko-teroris yang diketuai Alan Jonah menculik beliau di mana beliau mahu menggunakan alat Orca untuk membangkitkan kesemua raksasa di bumi. Mengapakah mereka melakukannya dan mampukan Monarch menghentikan rancangan jahat mereka itu? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Filem kedua dalam siri filem Godzilla ini memperkembangkan universe filem ini dengan menyertakan watak-watak raksasa yang lebih banyak. Ini termasuk raksasa Mothra, Rodan dan musuh utama Godzilla, King Ghidorah yang merupakan naga berkepala tiga. Dengan penambahan ini, penonton boleh melihat dengan lebih jelas siapakah sebenarnya Godzilla ini dan peranan kewujudannya di muka bumi. Dengan ini juga penonton dapat merasakan filem ini mula membina karakternya yang unik di mana ia adalah gabungan antara genre filem-filem atau siri TV Ultraman dengan filem filem sci-fi Hollywood dan yang menariknya gabungan genre ini menjadi.

Godzilla King of the Monsters

Jika semasa kanak-kanak, anda sering menonton rancangan TV Ultraman atau rancangan berkaitan raksasa Jepun, anda akan mengimbau perasaan yang sama semasa menonton filem Godzilla King of Monsters. Dengan kata lain, filem ini berjaya menangkap “semangat” filem raksasa Jepun yang selalu mempunyai kisah dan aturan di sebalik semua raksasa tersebut. Berbeza dari filem pertama yang lebih cenderung kepada filem sci-fi Holywood. Penonton akan dibawa mengenali dengan lebih mendalam cerita di sebalik raksasa atau dikenali sebagai Titan oleh Monarch.

Godzilla King of the Monsters

Tetapi berbeza dari filem pertama, filem kedua ini lebih memfokuskan kepada aksi berbanding jalan cerita seperti dalam filem pertama. Penonton disajikan dengan satu babak aksi selepas satu babak aksi tanpa henti. Ini mungkin akan memberi kesan kepada peminat filem sci-fi kerana filem ini akan mula terasa seperti sebuah adaptasi manga berbanding filem scifi.

Secara umumnya filem ini memang cukup mendebarkan dan masa tayangan lebih 2 jam sememangnya memuaskan para penonton. Cuma filem ini ternyata serious, tanpa sebarang lawak jenaka untuk menenangkan mood filem. Tetapi kami yakin penonton tentu akan terhibur menonton filem ini.

Positif vs Negatif

Positif

  • Seperti kata orang putih, “It’s true to the original spirit of Godzilla and Japanese monster genre
  • Aksi tanpa henti

Negatif

  • Mungkin kurang menarik bagi mereka yang hardcore Sci Fi fan yang tidak sukakan jalan cerita berasaskan komik

Godzilla King of the Monsters

Kesimpulan

Jika anda peminat hardcore filem Sci Fi, filem Godzilla King of the Monsters mungkin sedikit “komik” untuk citarasa anda. Tetapi jika anda sememangnya peminat siri TV raksasa Jepun seperti Ultraman dan Godzilla asal, anda tentu akan menyukai filem ini kerana ia memang mempunyai vibe genre popular Jepun itu. Apa pun, jika anda penonton biasa anda tentu akan terhibur menonton filem ini.

Penilaian: 7/10

IMDB

Spoiler: Filem seterusnya akan mendedahkan persaingan antara Godzilla vs King Kong.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Latest

To Top