Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca Wayangkini.com. Sepertimana yang anda ketahui, Aidilfitri di musim PKP ini, tiada sebarang lawat-melawat dan kunjung-mengunjung dibenarkan. Terutamanya pada ketika angka jangkitan baru mencapat sehingga 4700+ kes sehari. Oleh ituk duduk di rumah dan tonton TV. Itulah yang admin lakukan dan admin telah menonton satu filem Netflix baharu yang bertajuk Oxygen atau dalam bahasa Perancis, Oxygene. Berikut review admin mengenai filem ini.
Oxygen – Sebuah Thriller Bajet Rendah Berimpak Tinggi [Review]
Oxygen mengisahkan seorang wanita yang terjaga dan mendapati beliau terperangkap dalam satu kapsul Cryostasis, iaitu satu kapsul di mana orang diletakkan untuk dibeku-tidurkan dalam jangkamasa yang lama. Beliau tidak mempunyai sebarang memori, malah tidak tahu namanya sendiri. Rupa-rupanya kapsul tersebut telah mengalami kerosakkan dan bekalan oksigen hanya tinggal lebih kurang 30%. Beliau tidak boleh keluar dari kapsul tersebut dan satu-satunya harapan beliau adalah untuk menggunakan komputer AI pembantu yang dinamakan MILO untuk berhubung dan mencari maklumat, seterusnya menyelamatkan diri.
Dapatkah beliau menyelamatkan diri? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Admin sengaja membuat pengenalan yang ringkas bagi mengelakkan sebarang spoiler sebelum anda menonton filem ini kerana keseluruhan filem ini berlangsung dalam kapsul yang disebut itu. Segala kehebatan jalan cerita filem ini diceritakan dalam kapsul tersebut. Setiap maklumat yang dicarinya melalui MILO memberi gambaran kepada situasi sebenar dan itulah yang membuatkan tontonan filem ini menarik: cabaran untuk meneka apa sebenarnya berlaku berdasarkan maklumat yang diperolehi.
Bagi admin yang memang gemarkan filem thriller yang menggalakkan penontonnya berfikir, admin memang sukakan filem begini, namun jika anda bukan seperti admin, anda mungkin akan bosan menontonnya kerana tiada sebarang babak aksi yang mendebarkan, tembak-menembak atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Semuanya bertemakan thriller psikologi. Sebab itulah admin menggelarkannya filem bajet rendah berimpak tinggi. Kos pembikinannya hanyalah kapsul, CGI dan kos membikin beberapa babak flashback. Sebahagian besar nilai tambah filem ini adalah plot dan jalan ceritanya.
Sebenarnya tak banyak admin boleh cakap mengenai filem ini kerana takut mendedahkan spoiler. Apa yang admin boleh katakan filem ini untuk mereka yang sukakan filem yang berteka-teki. Kesudahannya memang pada admin, memuaskan hati, lebih-lebih lagi admin berjaya meneka kesudahannya berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi sepanjang filem ini. Jika anda jenis yang tidak suka berteka-teki, anda mungkin tidak akan sukakan filem ini.
Tips: tukar kepada alih bahasa Inggeris untuk memudahkan pemahaman
Positif vs Negatif
Positif
- Jalan cerita yang mendebarkan dan sentiasa menarik minat penonton.
- Kesudahan yang berbaloi untuk ditonton.
Negatif
- Bukan untuk semua orang.
Penilaian
Jalan cerita – 8/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10
Nilai hiburan – 7/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10