PKP 3.0 telahpun bermula minggu ini dan ini bermakna kebanyakan panggung wayang dihentikan operasi sehingga diberitahu kelak. Ini juga bermakna platform penstriman sekali lagi akan menjadi tumpuan para penggemar filem dan siri TV sebagai sumber hiburan. Kali ini admin ingin menceritakan tetang sebuah siri Netflix berbahasa Turki bertajuk Fatma. Siri 6 episod ini memang sesuai untuk dihabiskan dalam masa sehari. Berikut adalah pendapat admin mengenainya.
Fatma – Thriller Turki yang Mendebarkan [Review]
Siri Netflix Fatma mengisahkan Fatma Yılmaz, seorang wanita kampung yang datang ke Istanbul beberapa tahun dahulu demin mencari rawatan bagi anaknya yang menghidapi autism. Beliau seorang yang kurang bersosial menyebabkan beliau takut pergi jauh dari rumah dan juga lebih suka mengelak dari konflik dengan orang lain. Namun demi anak beliau mula bekerja sebagai tukang cuci setelah suaminya dimasukkan ke penjara. Sungguhpun demikan banyak masalah terpaksa beliau hadapi tanpa suaminya. Tidak lama kemudian, anaknya itu akibat kemalangan.
Kini, suaminya baru sahaja keluar dari penjara, namun menghilangkan diri. Fatma mula mencari-cari keberadaan suaminya dengan bertanyakan kepada bekas bosnya. Di sinilah “pengembaraan” beliau bermula. Apakah beliau akan bejaya mencari suaminya? Tonton filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Sejujurnya siri ini adalah antara siri thriller Turki yang paling mendebarkan pernah admin tonton. Pertama sekali, teknik penceritaannyalah yang membuatkan siri ini mendebarkan. Siri ini bermula dengan memperkenalkan Fatma yang telah kehilangan anaknya dan sedang mencari suaminya yang menghilangkan diri setelah keluar dari penjara. Jadi, pada mulanya, penonton tidak tahu langsung tentang latarbelakang Fatma.
Setiap episod akan mengikuti dan membongkarkan satu petunjuk yang ditemui Fatma. Di samping itu ia akan sedikit demi sedikit mendedahkan sejarah Fatma dan membongkarkan rahsia di sebalik kehilangan suaminya. Setiap episod menggunakan teknik flashback dalam penceritaanya, tetapi admin rasa teknik flashback ini tidak mengelirukan penonton seperti sesetengah filem yang menggunakan teknik ini.
Malah admin merasakan teknik ini memang sesuai dalam memastikan debaran dirasai penonton dan pendedahan petunjuk-petunjuk baru dibuat dengan begitu lancar. Jalan ceritanya juga tidak begitu berat dan juga tidaklah begitu ringan.
Harus dipujui lakonan pelakon utama yang memainkan watak Fatma. Beliau bejaya membawa watak seorang wanita yang rentan dan ketakutan. Penonton boleh merasakan ketakutan dan stress yang dialaminya setalah satu demi satu realiti situasinya didedahkan sepanjang siri ini.
Sejujurnya admin tak mahu mendedahkan banyak mengenai jalan cerita siri ini kerana tidak ingin menjadi spoiler kepada bakal penonton siri ini. Cukup admin katakan setiap episod memang tidak diapat dijangka kesudahannya dan putaran plot (plot twist) di penghujung siri ini juga memang tak dijangka dan pasti menyedihkan penonton. Malah terdapat putaran plot ke atas putaran plot tersebut di penutup siri ini. Watak Fatma ini bukan seperti yang anda jangkakan…tontonlah siri ini untuk menerima kejutan.
Namun admin merasakan siri ini belum cukup untuk digelar sebuah filem aksi, kerana itulah admin katergorikannya sebagai thriller di mana ia mempunyai lebih babak menyiasat dan mendebaran berbanding babak aksi atau seumpamanya. Admin sangat merekomenkan anda menonton siri ini, apatah lagi kerana ia hanya sepanjang 6 episod dan setiap episod lebih kurang 40 minit. Sesuai ditonton terus menerus di hujung minggu.
Tips: tukar setting kepada alih bahasa Inggeris. Sukar untuk baca sarikata kerana mereka bercakap terlalu laju dalam bahasa Turki.
Positif vs Negatif
Positif
- Mendebarkan
- Watak Fatma memang di luar jangkaan dan ]
- Lakonan yang mantap oleh pelakon utama.
- Jalan cerita yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan
Negatif
- tidak semua wataknya pandai berlakon.
Penilaian
Jalan cerita – 9/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10
Nilai hiburan – 8/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10