Monsters Dark Continent [Review]

Filem Monsters Dark Continent sebenarnya telah diterbitkan tahun lepas, namun atas sebab-sebab tertentu, ia hanya ditayangkan di pawagam sesetengah negara tahun ini. Ia merupakan filem kedua dalam siri filem sci-fi Monsters yang diterbitkan pada tahun 2010. Dalam filem tersebut bumi telah didatangi organisma dari angkasa lepas yang telah berkembang menjadi satu ekosistem makhluk asing yang meliputi utara Mexico dan selatan Amerika Syarikat.

14051703_Monsters_Dark_Continent_13

Monsters Dark Continent [Review]

Jika filem Monsters pertama berlangsung di Mexico dan di selatan Amerika, filem Monsters Dark Continent berlangsung di timur tengah. Latarbelakangnya serupa dengan filem pertama di mana negara timur tengah telah didatangi organisma dari angkasa lepas yang kemudiannya berkembang menjadi ekosistem makhluk asing.

Setelah bertahun lamannya, makhluk asing ini telah menjadi satu fenomena yang biasa di kawasan tersebut dan penduduk juga tidak berasa hairan melihat makhluk asing setinggi bangunan 80 tingkat berlegar-legar di kawasan tersebut.

Monsters-Dark-Continent-Trailer-2-3

Tentera Amerika berada di timur tengah untuk melawan aktiviti pengganas, namun pada masa yang sama ia terpaksa berdepan dengan ekosistem makhluk asing yang walaupun tidak mempunyai akal fikiran, ia tetap berbahaya kepada anggota tentera.

Berlatarbelakangkan dunia seperti ini, sepasukan tentera US ditugaskan untuk menjalani misi menyelamat rakan mereka daripada pengganas. Mampukah mereka menyelesaikan misi mereka? Tontonilah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

monsters-dark-continent-still-01

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini pada awalnya agak perlahan, di mana protagonis menceritakan latarbelakangnya dan bagaimana beliau dan rakan-rakan mula menyertai pasukan tentera dan dihantar ke timur tengah. Secara ringkas dalam 40 minit pertama, filem ini agak membosankan dan tidak banyak aksi dipaparkan.

Kemudian di pertengahannya pula terdapat babak aksi tembak-menembak antara anggota tentera protagonis dengan penggans dan meningkatkan harapan penonton yang mengharapkan sebuah filem aksi yang mendebarkan.

Monsters-Dark-Continent-Trailer-2-4

Namun bahagian terakhir agak abstrak dan mungkin membosankan bagi sesetengah penonton. Jika anda seorang peminat filem abstrak mungkin mesej yang disampaikan agak kreatif dan menarik, jika anda tidak gemarkan filem abstrak, mungkin bahagian terakhir ini tidak membawa banyak makna kepada anda.

Tetapi secara keseluruhannya, terdapat mesej tersirat dalam filem ini yang ditujukan kepada rakyat Amerika. Mesej tersebut menerangkan bahawa tidak semua orang di timur tengah adalah pengganas dan ramai yang jauh lebih baik dari sangkaan rakyat Amerika biasa.

Sinematografi

Namun apa yang boleh diberi pujian adalah sinematografi filem ini di mana ia memaparkan padang pasir di timur tengah dengan gah sekali. Ada babak makluk asing yang mengingatkan penonton kepada filem Avatar. Walaupun makhluk asing mempunyai rupa bentuk yang hodoh, namun apa yang dilakukannya setelah kematian rakan makhluk asing yang lain sangat indah.

Monsters-Dark-Continent-still_0

Positif vs Negetif

Positif

  • Babak aksi yang realistik dan gempak di bahagian tengah filem ini.
  • Sinematografi yang baik.
  • Penampilan realiti penduduk timur tengah (terutama kaum badwi) yang positif.

Negetif

  • Perkembangan jalan cerita yang perlahan.
  • selain babak aksi di bahagian tengah filem, tidak banyak yang menarik tentang filem ini.
  • Elemen makhluk asing hanya berada di latarbelakang filem ini, tidak diberi fokus mendalam.

maxresdefault

Kesimpulan

Filem Monsters Dark Continent merupakan sebuah filem yang berpotensi menjadi sebuah filem menarik, namun mungkin pengarah/penulis memasukkan terlalu banyak mesej berlainan ke dalam satu jalan cerita, filem ini hilang fokus dan penonton keliru tentang apa sebenarnya yang mahu diceritakan penulis filem ini.

Walaubagaimanapun, ia tetap satu filem yang menarik untuk ditonton, jika anda tidak meletakkan harapan yang tinggi. Agak sukar untuk menetapkan golongan penonton yang disyorkan menonton filem ini kerana ia menggabungkan elemen aksi dan abstrak, dua elemen yang sukar digabungkan bersama. Namun jika anda peminat filem, anda tentu boleh menonton apa jua filem yang ditayangkan.

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

1 thought on “Monsters Dark Continent [Review]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *