Jika anda mengikuti perkembangan di Yemen, negara tersebut telah menjadi sasaran operasi drone US sejak beberapa tahun lalu. Ini membawa kepada pelbagai konflik sehingga kini puak Houthi ingin membuat rampasan kuas. Ini menyebabkan Arab Saudi campur tangan dan menyerang negara tersebut. Filem Good Kill ini dibikin berdasarkan kisah benar pengalaman yang dilalui para juruterbang drone yang terpaksa mengikuti arahan CIA.

Good Kill [Review]
Good Kill mengikuti sepasukan juruterbang drone Amerika Syarikat diketuai Tom Egan yang menjalankan operasi pengeboman di sekitar Yemen. Mereka pada mulanya bertugas di bawah Tentera Udara US telah dipindahkan ke bawah naungan CIA dan terpaksa menjalankan operasi di bawah arahan CIA. Filem ini menceritakan kepahitan pasukan tersebut bekerja di bawah arahan CIA yang tidak mempunyai moral.
Jalan Cerita
Filem ini berasaskan kisah benar pengalaman juruterbang drone, jadi , jalan ceritanya tidak dapat lari dari fakta sebenar pengalaman anggota-anggota tentera udara tersebut. Filem ini lebih kepada memberi kesedaran tentang realiti yang dihadapi juruterbang tersebut dan konflik moral yang dihadapi apabila mengebom sasaran yang kebanyakkannya dikatakan pengganas.

Ia juga mendedahkan realiti sebanar kekejaman CIA secara tanpa belas kasihannya memberi arahan yang sukar diterima secara moral oleh pasukan tersebut. Pendapat-pendapat berbeza di kalangan anggota tentera udara berkenaan operasi drone yang dijalankan juga menjadi topik hangat dalam filem ini.
Positif Vs Negetif
Positif
- Membuka mata kepada realiti operasi drone CIA
- Tidak semua tentera US jahat.
Negetif
- Jalan cerita berkekembang dengan perlahan.
- Agak membosankan jika tidak minat dengan topik filem ini.
- Lakonan Ethan Hawke agak kaku.

Kesimpulan
Jika anda ingin terhibur dengan menonton filem, filem ini bukan untuk anda. Tetapi jika anda ingin luaskan perspektif anda mengenai isu operasi drone yang dijalankan di Yemen, filem ini menceritakan tentang isu ini dari perspektif pengendali operasi tersebut dan mereka yang berada di sebalik tabir.







1 thought on “Good Kill [Review]”