Antarabangsa

Men In Black International – Sequel Yang OK Tetapi Tidak Dapat Menandingi Filem Asal

Siri filem Men in Black merupakan antara filem-filem ikonik dari zaman remaja dan golongan sezaman dengan admin. Watak Will Smith dan Tommy Lee Jones dalam filem-filem asal sememangnya gandingan mantap di mana seorang wataknya serious manakala seorang lagi berfikir di luar kotak (Will Smith). Jadi mampukah filem Men in Black International (yang kami fikirkan ingin membawa generasi baharu menonton francais ini) dapat menandingi filem asal? Kami berpeluang menonton filem ini untuk menilaikannya.

Men In Black International – Sequel Yang OK Tetapi Tidak Dapat Menandingi Filem Asal

Men in Black International mengisahkan Molly, yang berminat menjadi anggota Men in Black sejak berjumpa makhluk asing dan anggota Men in Black yang ingin menangkapnya semasa kecil. Dipendekkan cerita, dengan kegigihan membongkar kegiatan rahsia MIB, beliau berjaya menyertai pasukan itu sebagai Agent M dan digandingkan dengan Agent H, seorang anggota yang kurang berdisiplin, namun pernah berjaya menghalang makhluk asing yang digelar “The Hive” dari menakluk bumi pada satu ketika dahulu. Oleh sebab itu beliau dihormati di kalangan anggota MIB.

Namun sepasang makhluk asing telah tiba di bumi untuk mencari satu senjata terunggul yang dikatakan satu kristal berkuasa. Pasangan MIB itu perlu mempertahankan senjata kristal itu daripada jatuh ke tangan makhluk asing tersebut. Mampukan mereka mempertahankan senjata tersebut? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

Men In Black International

Review

Sebelum kami menonton filem ini kami telahpun mengetahui review dari Amerika di mana ramai yang mengatakan filem ini filem flop. Tidak dapat dinafikan karisma Chris Hemsworth dan Tessa Thompson tidak dapat menandingi Will Smith dan Tommy Lee Jones, malah pada pendapat kami, sukar untuk pelakon generasi kini menandingi pelakon zaman 80 – 90an dari segi karisma.

Men In Black International

Namun untuk mengatakan filem ini flow memang kurang tepat. Bagi kami filem ini masih lagi menyeronokkan dan keserasian antara Chris dan Tessa agak baik, walaupun tidaklah 100% serasi. Cuma mungkin dari segi jalan ceritanya, sukar untuk mengenalpasti babak climax dengan babak biasa kerana keseluruhan jalan ceritanya seolah agak mendarat dari segi moodnya, menyebabkan impak jalan ceritanya kurang menyerlah kepada sesetengah penonton.

Watak Agent H lakonan Chris mempunyai perwatakkan seakan Thor gemuk dalam filem Avengers Endgame. Wataknya agak lucu tetapi agaknya Chris kurang dapat menghayati watak ini yang memerlukan lebih “feel” semasa menghayati babak filem yang lebih emosional. Nasib baik juga elemen feminist dalam filem ini, walaupun ada, tidak begitu merosakkan jalan cerita filem ini.

Mungkin itulah kesilapan terbesar dalam pembikinan filem ini, penulis tidak menekankan kepada pembinaan karakter dalam filem ini sepertimana dalam filem asal menyebabkan “Connection” antara watak dengan penonton kurang berkesan.

Tetapi walaupun filem ini mempunyai kelemahan-kelemahan yang disebut di atas, jika anda tonton filem ini tanpa sebarang persepsi negatif atau sebaliknya, anda tentu dapat menikmati tontonan filem ini dengan gembiranya. Ia lucu dan menyeronokkan, walaupun jalan ceritanya tidaklah sehebat mana.

Positif vs Negatif

Positif

  • Lucu dan menyeronokkan
  • Gandingan yang agak serasi antara Agent H dan Agent M

Negatif

  • Watak-watak Agent H dan M tidak dihayati dari segi emosi
  • Tidak dapat menandingi filem asal

Men In Black International

Kesimpulan

Filem Men In Black International memang tidak dapat menanding filem trilogi asal, namun ia bukanlah flop seperti yang dikatakan. Ia masih seronok ditonton jika anda tidak meletakkan harapan yang tinggi dan terlalu membandingkan dengan filem asal. Tontonlah filem ini dalam keadaan santai dan tenang. Anda pasti dapat menikmatinya.

Penilaian: 6/10

IMDB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Latest

To Top