Lone Survivor [Review]

Lone survivor pada mulanya dijangka akan menjadi sebuah filem propaganda ketenteraan Amerika, namun setelah menontonnya, ia lebih daripada apa yang disangkakan.

l

Lone Survivor [Review]

Lone Survivor, merupakan sebuah filem yang berdasarkan kisah sebenar tentang sekumpulan askar Amerika “Navy Seals” yang menjalankan operasi untuk menangkap atau membunuh seorang ahli pimpinan Taliban.

Namun, misi mereka gagal apabila belum sempat mereka melengkapkan misi mereka, mereka telah terserempak dengan orang awam pro Taliban. Oleh kerana mereka tidak boleh membunuh orang awam, mereka mengambil keputusan melepaskan orang awam itu dan kembali ke pangkalan. Di sinilah segala drama dan aksinya bermula.

Jalan Cerita

lone-survivor-movie6

Walaupun filem ini berdasarkan kisah sebenar, saya pasti terdapat banyak babak yang telah diolah untuk menambahkan unsur drama dan aksi supaya ia mempunyai nilai komersial.

Pengolahan ini dibuat dengan baik, namun pengakhiran filem ini jelas menonjolkan ciri-ciri tipikal sebuah filem aksi Hollywood bagi menggambarkan kemenangan pihak Amerika.

Walaubagaimanapun tidak semua dalam filem ini berkenaan tentera Amerika. Filem ini juga berjaya menonjolkan budaya orang Afghanistan yang akan bermati-matian mempertahankan “tetamu” mereka daripada musuhnya. Budaya ini dipanggil Pashtunwali dan melihatnya akan membuat sesiapa pun bangga kerana walaupun  budaya orang Pashtun yang kasar, terdapat juga sebahagian budayanya yang dilihat lebih berintegriti daripada banyak budaya lain yang dianggap lebih “bertamadun”.

Lakonan

Lone-Survivor

Lakonan yang dipamerkan 4 orang watak utama termasuk Mark Wahlberg sangat meyakinkan terutamanya di bahagian filem di mana mereka jatuh daripada gaung. Penonton yang melihat babak yang realistik ini tentunya berasa “sakit” seolah-olah mereka sendiri yang sedang jatuh dari gaung.

Tetapi apa yang agak kurang meyakinkan adalah, walaupun telah ditembak beberapa kali dan jatuh gaung 2 kali, watak-watak utama dalam filem ini tidak mati dengan mudah. Jika watak  biasa, tentunya telah mati.

 Kesimpulan

Kebaikan :

  • Jalan cerita yang diolah tidak hanya menunjukkan seolah-olah Amerika sahaja hero.
  • Orang-orang Pashtun di perkampungan juga memain peranan penting dalam filem ini dan boleh juga dikatakan hero.
  • Babak jatuh gaung yang realistik

Keburukan :

  • Kesudahan yang tipikal dalam filem aksi Amerika.
  • Hero sudah kena tembak banyak kali, tapi tak mati?

Filem Lone Survivor bukanlah sebuah filem yang teruk, tetapi ia juga bukan sebuah filem yang begitu baik. Ia sesuai ditonton mereka yang minat dalam filem aksi ketenteraan.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *