Jack Ryan Shadow Recruit [Review]

Tidak banyak filem thriller dibikin oleh pembikin filem Hollywood kebelakangan ini mungkin kerana penggemarnya semakin kurang sejak akhir-akhir ini. Tetapi filem Jack Ryan Shadow Recruit yang dibintangi Chris Pine, Kiera Knightley dan Kevin Costner merupakan filem aksi/thriller menarik.

Jack Ryan Shadow Recruit

Jack Ryan Shadow Recruit [Review]

Filem Jack Ryan Shadow Recruit mengisahkan Jack Ryan, seorang veteren peran Afghanistan telah direkrut oleh CIA untuk menjadi seorang penganalis untuk agensi itu. Satu hari dia berjaya membongkar plan rakyat Russia untuk menjatuhkan ekonomi Amerika ke tahap kemelesetan.

Oleh kerana hanya dia seorang yang arif mengenai analisa ekonomi, beliau yang hanya bekerja dalam pejabat, terpaksa turun padang untuk menyiasat kes tersebut di Russia. Di situlah segala cabaran bermula. Mampukah dia mengatasinya? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.

Jack Ryan Shadow Recruit

Jalan Cerita

Plot filem ini agak berat dan untuk anda benar-benar menerima filem ini, anda perlu memahami sedikit sebanyak mengenai prinsip ekonomi dan bagaimana ia berfungsi. Oleh itu, izinkan saya memberi sedikit penerangan mengenai prinsip ekonomi yang terlibat dalam filem ini supaya anda memahami bagaimana orang Russia bercadang untuk meruntuhkan ekonomi Amerika. Jika anda tidak faham bab ini, anda mungkin tidak dapat menikmati filem ini dengan sepenuhnya.

Awas! Mungkin terdapat spoiler dalam penerangan di bawah. Jika anda faham ekonomi, tidak perlulah anda baca bahagian di bawah.

Jack Ryan Shadow Recruit

[SPOILER ALERT]

Satu ketika dahulu nilai wang disandarkan kepada jumlah emas yang dimiliki sesebuah negara, namun kini nilai matawang bergantung kepada kestabilan ekonomi sesebuah ekonomi. Ia juga bergantung kepada jumlah permintaan penggunaan matawang negera tersebut, yang juga menggambarkan keyakinan pasaran terhadap kedudukan ekonominya.

Sebagai contoh, walaupun Amerika mempunyai defisit, namun, oleh kerana kebanyakan teknologi dan perdagangan perlu dibuat dengan Amerika, Dollar US mempunyai permintaan yang tinggi. Oleh sebab itu, nilainya masih stabil.

Pada masa yang sama, negara-negara seperti Russia dan China menyimpan matawang berbillion-billion US Dollar untuk digunakan dalam perdagangan ataupun sebagai “cash reserve” atau simpanan kewangan negara tersebut sekiranya matawangnya sendiri jatuh.

Sekiranya berlakunya tragedi besar kepada Amerika yang menyebabkan keraguan pada ekonominya, nilai US Dollar akan jatuh, dan jika tragedi cukup dahsyat, ia boleh menyebabkan matawangnya jatuh sehingga tiada nilai.

Sebagai contoh, jika Amerika menerima satu serang pengganas yang berskala seperti 9/11, dan pada masa yang sama tiba-tiba salah satu daripada pemegang US Dollar terbesarnya, contohnya Russia mula menjual matawang US Dollarnya secara besar-besaran, ia akan menggambarkan ekonomi US dalam masalah besar. Nilai matawang akan jatuh dan menyebabkan reaksi berantai di mana semua negara dan orang perseorangan akan mula menjual US Dollar yang mereka miliki, sekaligus menjatuhkan nilai US Dollar ke tahap malapetaka. Pada ketika itu, US akan berada dalam tahap kemelestan atau keruntuhan ekonomi.

[SPOILER TAMAT]

Jack Ryan Shadow Recruit

Jadi, seperti yang dikatakan sebelum ini, plotnya agak berat dan jika anda tidak berapa mahir tentang ekonomi, anda mungkin tidak faham separuh daripada filem ini dan tidak berbaloi untuk anda tonton filem ini. Babak aksi dalam filem ini juga tidak begitu banyak, jadi jika anda mahu menonton hanya kerana babak aksinya juga tidak berbaloi.

Tetapi selain dari bahagian ekonomi tersebut, filemnya agak mudah difahami. Malahan jalan ceritanya agak tipikal bagi sesebuah filem thriller. Jalan ceritanya baik, namun tidaklah memberangsangkan. Filem-filem seperti the Shawshank Redemption dan Inception lebih menarik jalan ceritanya.

Dengan kata lain, plot filem ini agak berat, tetapi jalan ceritanya mudah.

Lakonan

Lakonan Chris Pine dan Kevin Costner sememangnya baik dan tidak ada komen mengenai mutu lakonan mereka. Namun lakonan Kiera Knightley yang terkenal dalam filem Pirates of The Caribbean dan V for Vendetta sedikit janggal. Dia kelihatan tidak dapat menghayati wataknya dengan sepenuhnya dan loghat Amerikanya agak janggal (Beliau orang British).  Tambahan pula dia kelihatan sedikit terlalu kurus, malahan seperti mempunyai masalah anorexia.

Kesimpulan

Filem Jack Ryan Shadow Recruit  dipromosikan sebagai sebuah filem aksi, namun pada pendapat saya, ia lebih mirip sebuah filem thriller kerana ia lebih memfokuskan aktiviti pengintipan/penyamaran daripada aksi-aksi mendebarkan. Memang terdapat babak-babak aksi tembak menembak dan kejar-mengejar, namun ternyata ia bukan kekuatan filem ini.

Jika anda arif tentang ekonomi dan minat filem aksi, anda sesuai untuk menonton filem ini, bahkan anda akan terhibur dengan filem ini, tetapi jika anda minat filem aksi semata-mata, filem ini bukan untuk anda.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *