The Lego Movie [Review]

Saya merupakan salah seorang yang membesar dengan bermain Lego dan filem ini merupakan salah satu filem yang menarik minat saya untuk ditonton. The Lego Movie adalah sebuah filem yang dibikin berdasarkan animasi 3D (saya sangkakan stop motion menggunakan blok-blok binaan Lego).

The Lego Movie

The Lego Movie [Review]

The Lego Movie mengisahkan seorang pekerja binaan Lego, Emmet yang menjalani rutin hariannya dengan mengikut arahan yang diberikan kepadanya. Setiap yang dilakukannya perlu mengikut arahan. Sungguhpun begitu, dia sentiasa ceria.

Tampa diketahui semua orang di bandar tersebut, Mr Business, yang 8.5 tahun dahulu telah mencuri senjata berbahaya yang menghalang para “Masterbuilder” untuk membina dan mengubahsuai binaan mengikut kemahuan mereka.

Bersama-sama Wildstyle, Batman, Viturvius dan rakan-rakan Masterbuilder yang lain, Emmet, yang menjadi orang terpilih, bertindak untuk menyelamatkan dunia Lego daripada dimusnahkan President Business yang dibantu orang kanannya, Bad Cop.

Lego Movie

Jalan Cerita

Walaupun filem ini dibikin menggunakan CGI 3D, animasinya dibuatkan seolah-olah ia telah dibuat menggunakan animasi stop motion dengan blok-blok Lego sebenar. Memang menarik.

Jalan ceritanya agak pantas dan dipenuhi aksi-aksi yang mendebarkan dan lawak jenaka bersahaja yang pasti menghiburkan sesiapa sahaja samada anda kanak-kanak atau orang dewasa berjiwa kanak-kanak. Tiada babak-babak membazir dan tiada masa yang membosankan dalam filem ini.

Pada mulanya, disangkakan filem ini sekadar filem lawak jenaka, namun pada penghujung filem ini barulah disedari bahawa filem ini membawa maksud yang lebih mendalam terutamanya bagi mereka yang telah membesar bermain dengan Lego dan kini mempunyai anak yang juga gemar bermain Lego.

Jalan cerita filem ini sangat bermakna kepada mereka yang sememangnya bermain Lego semasa kecil, namun tidak pasti samada jalan cerita ini akan memberi kesan besar kepada mereka yang bukan peminat Lego.

Lego Movie

Watak-watak

Watak-watak dalam filem ini diambil berdasarkan watak-watak Lego sebenar dari permainan sebenar yang dijual di pasaraya. Antara watak-watak kegemaran saya ialah watak Bad Cop yang mempunyai dua perwatakan, iaitu Bad Cop dan Good Cop. Suara watak ini dilakonkan oleh Liam Neeson dan mempunyai loghat Irland yang menarik. Dia seorang yang sangat serious untuk menangkap para hero filem ini dan sangat lucu setiap kali dia gagal menangkap mereka.

Setiap watak direka dengan personaliti yang tersendiri yang melucukan.

Kesimpulan

Kebaikan:

  • Watak-watak yang menarik dan mempunyai personaliti yang lucu.
  • Jalan cerita yang padat dengan aksi dan lawak jenaka dan tidak mungkin membosankan.
  • Moral filem yang baik yang menekankan kepentingan tidak menghalang kreativiti kanak-kanak (dalam kes ini, untuk membina apa yang mereka mahu menggunakan Lego)
  • Kreatif dari segi animasi blok Lego.
  • Lagu tema yang catchy. (Tidak mengejutkan jika ia dimainkan di stesen radio di Malaysia nanti)

Keburukan:

  • Tidak pasti bagaimana reaksi mereka yang tidak suka bermain Lego terhadap tema animasi filem ini yang bertemakan Lego semata-mata.
  • Pacing jalan ceritanya agak pantas dan mungkin kanak-kanak sukar menangkap lawak jenaka dan jalan ceritanya.

Lego Movie merupakan sebuah filem yang sangat menarik, terutamanya kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang pernah dibesarkan dengan bermain Lego. Ia mengimbau kembali nostalgia membina Lego mengikut kreativiti sendiri.

Dijangka filem ini akan menjadi “iklan” Lego terbaik dan meningkatkan jumlah jualan permainan tersebut. Tidak mengejutkan juga jika lagu temanya dimainkan di stesen radio tempatan untuk beberapa minggu ini kerana ia agak catchy.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *