Trailer I Frankenstein yang ditonton beberapa bulan lalu memperlihatkan sebuah filem yang agak menarik, setaraf dengan filem-filem trilogi Underworld, Blade dan sebagainya. Namun hakikatnya tidaklah seindah dijangkakan.

I Frankenstein [Review]
I Frankenstein mengisahkan makhluk ciptaan Dr Frankenstein sekitar tahun 1700-an. Makhluk tersebut dijadikan dengan mengabungkan anggota manusia dari berlainan orang untuk menjadikan satu makhluk yang lebih kuat dan hebat. Namun, Dr Frankenstein yang mula membenci makhluk ciptaannya cuba membunuhnya tetapi gagal. Makhluk tersebut yang marah dengannya telah membunuh isterinya. Dr Frankenstein yang memburu makhluk itu turut mati kesejukkan semasa memburunya.
Semasa mengebumikan Dr Frankenstein, beliau diserang makhluk iblis, walaupun dapat membunuh satu daripada 3 Iblis itu, dia terpaksa diselamatkan oleh dua makhluk Gargoyle. Rupa-rupanya makhluk iblis dan Gargoyle sedang berperang sesama sendiri. Pemaisuri Gargoyle yang mengetahui kekuatan makhluk Frankenstein mengajaknya berjuang bersama mereka, tetapi dia enggan. Di situlah drama bermula.

Jalan Cerita
Sebelum menonton filem ini saya telahpun membaca di internet bahawa filem ini tidak mendapat sambutan di Amerika, namun oleh kerana ada orang belanja, saya pun menonton filem ini. Saya menjangkakan walaupun jalan ceritanya tidak begitu menarik, sekurang-kurangnya filem ini mempunyai aksi-aksi yang mendebarkan, seperti dalam filem Underworld.
Namun, jalan ceritanya sangat lemah dan babak aksinya mengandungi terlalu banyak CGI yang kurang bermutu. Jalan ceritanya sangat mudah dan tidak mencabar untuk memahaminya. Anda mungkin boleh mengagak apa keseluruhan jalan ceritanya setelah 30 minit menontonnya.
Lakonan
Filem ini dibintangi beberapa pelakon yang baik seperti Aaron Eckhart, Jai Courtney (Good Day to Die Hard) dan Bill Nighy. Lakonan mereka semua baik, namun oleh kerana jalan ceritanya yang lemah, filem ini gagal menyerlahkan potensi mereka yang sebenar.
Kesimpulan
Kebaikan :
- Tiada
Keburukan :
- Jalan cerita yang lemah
- CGI yang kurang bermutu
- Babak lawan yang menampakkan Gargoyle terlalu kuat berbanding iblis, walaupun iblis berjaya membunuh beberapa Gargoyle.
Bulan Januari lepas dipenuhi dengan filem-filem yang kurang memuaskan dan I Frankenstein merupakan salah satu daripada filem itu. Saya tidak merekomen anda untuk menonton filem ini dalam apa jua situasi kecuali jika anda mendapat tiket percuma dan anda mempunyai masa lapang. Jika tidak, memang tidak berbaloi untuk menontonnya.






