The Hobbit The Desolation of Smaug [Review]

The Hobbit The Desolation of Smaug adalah filem kedua dalam trilogi filem The Hobbit. Ia menyambung semula kisah The Hobbit The Unexpected Journey di mana Bilbo Baggins dan 14 orang kerdil (dwarfs) dalam misi untuk menawan semula Erabor, iaitu tempat tinggal orang kerdil yang ditawan oleh seekor naga besar dan ganas.

the hobbit desolation of smaug

The Hobbit The Desolation of Smaug [Review]

The Hobbit The Desolation of Smaug menyambung kisah perjalanan Bilbo Baggins, Gandalf dan 14 orang kerdil dalam misi menawan semula gunung Erabor yang ditawan seekor naga besar dan ganas yang digelar Smaug.

Bagi yang belum menonton filem pertama, The Unexpected Journey, dinasihatkan supaya menontonnya terlebih dahulu, jika tidak, mungkin pelbagai persoalan akan berlegar-legar di minda penonton.

Jalan Cerita

Jalan cerita dalm filem kedua ini membawa dua cabang. Pada permulan filem Gandalf dan kumpulan orang kerdil dan Bilbo Baggins berpisah. Gandalf pergi menyiasat satu kuasa jahat yang ingin menguasai alam manakala yang lain meneruskan perjalanan ke Gunung Erabor.

Perjalanan ini menyebabkan hero-hero kita bertembung dengan kaum Elf dan manusia dalam usaha mereka melarikan diri dari kaum Orc yang sedang memburu mereka bagi menghalang mereka sampai ke Gunung Erabor.

Secara umum, jalan ini tidak membosankan, ia penuh dengan aksi, tetapi bagi mereka yang telah banyak menonton filem aksi pengembaraan tentunya boleh mengagak bagaimana jalan ceritanya akan berkembang. Filem ini juga akan berakhir dengan satu klimaks yang menyebabkan anda tidak sabar untuk menunggu filem terakhir dalam trilogi ini.

The Hobbit The Desolation of Smaug

Lakonan

Filem kedua ini juga akan memperkenalkan watak baru yang pertama kalinya diperkenalkan dalam trilogi Lord of The Rings. Salah satunya ialah Legolas dan satu lagi watak saya tidak boleh dedahkan kerana ia akan tergolong dalam kategori spoiler.

Watak utama, Bilbo Baggins kali ini dilihat lebih  agressif, berani dan ganas. Dia tidak teragak-agak  untuk berlawan dan membunuh jika situasi memerlukannya. Beliau juga didapati lebih korup kerana peggunaan cincinnya dengan berlebihan. Lakonan wataknya jelas berlainan dengan filem pertama.

Watak-watak Elf juga tidak menghampakan dengan mempamerkan aksi berlawan yang lincah dan tepat. Filem ini juga menampilkan Stephan Fry, seorang pelawak terkenal di Britan yang berlakon sebagai pemerintah Lake Town yang merupakan batu loncatan ke Erabor.

Saya juga agak terkejut kerana naga yang merampas Gunung Erabor, iaitu Smaug, rupa-rupanya boleh berkata-kata dan bukannya sekadar seekor binatang buas. Pelakon suara yang dipilih untuknya sangat sesuai dengan watak tersebut.

The Hobbit The Desolation of Smaug

Kesimpulan

Walaupun jalan ceritanya agak mendatar, pengakhiran The Hobbit The Desolation of Smaug sangat dramatik dan “potong stim” pada masa yang sama. Ini kerana filem ini berkahir di kala saat paling genting dalam filem ini dan penonton terpaksa menunggu setahun lagi untuk mengetahui kesudahan trilogi ini.

Sungguhpun demikian, bagi yang telah menonton filem pertama, filem kedua ini adalah filem wajib tonton. Berbaloi untuk membeli tiket harga penuh berserta pop corn dan minuman ringan. Namun, seperti mana filem lain, saya tidak digalakkan menonton dalam 3D.

IMDB

, ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *