Firestorm [Review]

Suatu ketika dahulu pengarah Hong Kong menghasilkan filem-filem epik polis seperti siri The Infernal Affairs, Running Out of Time dan sebagainya. Namun kini semakin sukar untuk mendapati filem Hong Kong yang boleh menandingi zaman kegemilangannya dahulu. Firestorm merupakan filem polis Hong Kong terbaru lakonan Andy Lau dan filem ini merupakan salah satu bukti kemerosotan zaman kegemilangan filem Hong Kong.

Firestorm

Firestorm [Review]

Firestorm mengisahkan Inspektor kanan Lui Ming Chit yang obses untuk menangkap kumpulan perompak yang telah merompak banyak kereta perisai ketika menghantar wang ke destinasi masing-masing. Pasukan Polis mengesyaki Cho Nam menjadi ketua penjenayah tersebut. Namun sebab utama beliau tidak berjaya menangkapnya adalah kerana kekurangan bukti kerana perompak-perompak tersebut memakai topeng.

Firestorm

Sementara itu, To Sing Pong merupakan seorang bekas banduan yang baru keluar dari penjara. Kerana berjanji dengan teman wanitanya, beliau berazam untuk berubah menjadi seorang yang baik. Namun, tindak-tanduknya yang mencurigakan menyebabkan Inspektor Lui, yang juga rakan sekolahnya, mengesyakinya bekerjasama dengan perompak terbabit. Adakah beliau seorang penjenayah dan dapatkah Inspektor Lui membongkarkan plotnya?

Jalan Cerita

Walaupun filem ini menjadi bukti kemerosotan industri filem aksi Hong Kong, namun ia bukanlah satu filem yang teruk. Cuma tidak setanding filem dahulu kala yang menekankan plot yang kompleks dan mendebarkan. Filem ini menampilkan plot yang agak ringkas dan tidak mendalam.

Seawal babak-babak pertama, penonton dibawa terus ke situasi genting dalam filem ini, tanpa sebarang pengenalan mengenai plot filemnya. Ini mungkin akan mengelirukan sesetengah penonton yang mungkin kurang pasti apa yang sedang berlaku.

Firestorm

 Selepas itu, jalan ceritanya banyak bertumpu kepada usaha Inspektor Lui dan pasukannya mencari bukti penglibatan Cho Nam dalam rompakan tersebut. Namun jika anda mengharapkan jalan cerita penyiasatan yang hebat, anda pasti hampa. Filem ini lebih menekankan babak aksinya yang juga mengambil sebahagian besar masa tayangan filem ini.

Transisi antara plot-plot dalam filem ini pula dilihat agak tergesa-gesa dan agak sukar bagi sestengah penonton untuk mengikuti plotnya jika tidak menumpukan perhatian. Jumlah karektor utama juga terlalu ramai menyebabkan penonton perlu mengingati peranan watak-watak tersebut yang sangat berlainan antara satu dengan lain. Jika tidak, penonton sukar untuk mengikuti plotnya.

Terdapat juga babak-babak sedih diselitkan antara babak-babak aksi, namun ia tidak dapat menandingi keberkesanan filem Korea yang sememangnya pakar menggabungkan plot lucu, aksi dan sedih dengan berkesan sekali.

Lakonan dan Aksi

Selain Andy Lau dan watak-watak utama lain, watak sokongan dalam filem ini  muncul terlalu sekejap untuk dinilai mutu lakonannya. Pada pendapat saya, filem ini cuba memberi pendedahan kepada beberapa pelakon baru yang bakal menjadi pelapis bagi pelakon veteren.

Firestorm

Sebahagian besar filem ini terdiri daripada babak aksi. Babak aksinya dibikin dengan agak baik, namun oleh kerana penggunaan CGI yang banyak, tahap realistiknya tidak begitu meyakinkan. Mereka yang sudah biasa menonton filem dengan CGI tentu akan menyedari perkara ini.

Aksi-aksi dan hasil pertempuran di babak akhir juga dilihat agak sedikit terlampau dari segi skala kehancuran. Namun, bagi peminat filem aksi, ia menyeronokkan untuk ditonton.

Kesimpulan

Filem Firestorm merupakan sebuah dilem aksi  yang agak baik, namun susunan jalan ceritanya yag boleh dikatakan berterabur mungkin akan mengelirukan sesetengah penonton. Kekuatan filem ini hanyalah babak aksinya, jadi, tontonlah filem ini kerana aksinya yang epik dan bukan mengharapkan plot penyiasatan yang mendebarkan.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *