The Equalizer [Review]

The Equalizer merupakan sebuah siri TV popular pada tahun 80an yang kemudian dijadikan filem pada penghujung 80an. Filem The Equalizer tahun 2014 merupakan pembikinan semula filem 80an itu, tetapi watak Robert McCall dimainkan Denzel Washington.

the_equalizer

The Equalizer [Review]

The Equalizer mengisahkan seorang bekas ahli pasukan tentera squad khas Robert McCall yang memalsukan kematiannya bagi membolehkan dia hidup dengan aman menggunakan identiti baru. Beliau gemar melepak di satu cafe dan membaca buku di mana terdapat seorang pelacur muda yang sering singgah makan di situ sebelum menerima pelanggan. Pelacur paksaan ini bekerja dengan bapa ayam berketurunan Russia yang merupakan bos satu kongsi gelap Russia yang ganas.

Suatu hari, pelacur itu, yang bernama Teri itu telah dibelasah oleh bosnya sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Sebagai kawannya, Robert merasa amat marah, namun dia tidak mahu mendedahkan identiti rahsianya dan sekaligus kehilangan kehidupan selesanya. Bagaimana beliau menyelesaikan dilemanya itu? Totntonlah filem ini di pawagam.

Jalan Cerita

Filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak tergesa-gesa. Semua isi cerita dibentangkan secara perlahan-lahan supaya penonton dapat menghayati latarbelakang Robert dalam filem ini. Ia tidak tergesa-gesa untuk menampilkan babak aksi dan mendedahkan kebolehan Robert.

Bagi sesetengah orang ini mungkin membosankan, namun, secara peribadi ia menjadikan semua isi cerita mudah difaham dan tidak terlepas isi penting dalam filem itu.

Walaubagaimanapun, apabila babak aksi telah bermula, aksinya sangat 18SG. setiap pukulan kepada pihak lawan yang dilakukan Robert, seolah-olah boleh dirasa penonton. Oleh kerana beliau tidak gemar menggunakan pistol, peralatan yang digunakan untuk membunuh musuh amat kreatif dan menyakitkan untuk ditonton. Anda akan faham bila menontonnya nanti.

Namun paling menarik mengenai filem ini ialah nilai moralnya ditampilkannya terutamanya berkenaan pelacur yang ingin mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

Lakonan

Seperti kebanyakan filem aksi yang lain, heronya terlampau hebat dan sukar dikalahkan. Ini mungkin satu kelemahan atau kekuatan watak Robert, bergantung kepada pendapat peribadi anda. Namun, pada babak akhir,  menjadi cabaran hebat buatnya. Gerakan berlawannya sangat menarik dan meyakinkan, langusng tidak menunjukkan sebarang kelemahan.

Watak pelacur yang ingin berubah menjadi seorang penyanyi bernama Teri pula kelihatan agak tidak berapa sesuai untuk memegang watak tersebut, namun apa pun, dia berjaya melakonkan watak tersebut dengan baik dan meyakinkan.

Kesimpulan

Positif

  • Jalan cerita yang dibentangkan secara perlahan, menjadikannya mudah difahami.
  • Babak lawan yang menggemparkan.
  • Ada pengajaran nilai moral

Negetif

  • 18SG, serious, kanak-kanak tidak boleh menonton filem ini.
  • Hero terlampau hebat. (ini mungkin juga positif)

Filem The Equalizer merupakan salah sebuah filem yang boleh dikatakan wajib tonton tahun ini. Walaupun mempunayi babak lawan yang sangat ganas, ia juga mempunyai nilai moral berkaitan persahabatan dan keinginan untuk berubah menjadi lebih baik. Memang berbaloi untuk ditonton.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

2 thoughts on “The Equalizer [Review]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *