Crime Scene The Vanishing at the Cecil Hotel – Kisah Kematian Elisa Lam [Review]

Tidak banyak dokumentari di Netflix yang menarik minat admin untuk menontonnya, namun dokumentari terbaharu, Crime Scene The Vanishing at the Cecil Hotel membincangkan satu kes kematian misteri Elisa Lam yang benar dan pernah viral satu ketika dahulu. Walaupun ia tidaklah begitu viral di Malaysia, admin pasti anda mungkin pernath terbaca atau menonton video CCTV saat-saat terakhir beliau. Admin telah menonton siri dokumentari 4 episod ini dan berikut adalah pendapat admin mengenainya.

Cecil Hotel

Crime Scene The Vanishing at the Cecil Hotel – Kisah Kematian Elisa Lam

Crime Scene The Vanishing at the Cecil Hotel adalah sebuah dokumentari 4 episod yang membincangkan secara mendalam kes kematian Elisa Lam di Cecil Hotel sekitar tahun 2013. Ia telah menjadi viral di sebahagian dunia kerana kematian itu diselebungi misteri setelah pendedahan video rakaman CCTV di mana Elisa Lam kali terakhir dilihat. Dokumentari ini membincangkan secara mendalam latarbelakang hotel Cecil di Los Angeles serta menemubual orang-orang penting dalam penyiasatan kes berkenaan termasuk anggota polis, staf hotel, pihak dari media sosial dan pakar psikologi.


Video CCTV hotel sebelum kematian Elise Lam

Review

Jika anda menonton video di atas, anda mungkin akan merasakan anda pernah melihatnya di media sosial. Kes ini memang viral satu ketika dahulu, tetapi tidak berapa popular di Malaysia. Namun admin pernah membaca kisahnya di beberapa laman web berbahasa Melayu di Malaysia. Dokumentari ini mengisahkan secara terperinci setiap aspek dalam penyiasatan kes tersebut. Memang terperinci. Jadi jika anda yang kurang sabar mungkin akan berhenti separuh jalan kerana ia banyak menceritakan kisah later belakang kawasan downtown LA terutamanya kawasan Skidrow yang menjadi lokasi Cecil Hotel. Malah sejarah silam Cecil hotel juga diceritakan secara terperinci. Sejujurnya admin pun tidak menyangka admin dapat belajar jauh lebih banyak mengenai kes ini dengan menonton dokumentari ini.

Sesetengah orang mungkin merasakan ia tidak penting namun admin merasakan ia penting bagi mempersiapkan mentaliti penonton berkenaan keaadaan latarbelakang di sebalik kematian yang berlaku.

Cecil Hotel

Dengan anggapan anda seorang yang boleh menonton dokumentari sebegini, admin merasakan pacing dokumentari ini admin rasakan agak bijak. Segala yang dibincang mengikuti susun atur kronologi peristiwa yang berlaku. Jadi, setiap tanggapan dan pendedahan orang yang ditemuramah adalah mengikut kronologi masa penyiasatan. Dengan kata lain siri dokumentari ini seperti sebuah siri TV di mana setiap percncian kes didedahkan mengikut kronologi untuk menunjukkan bagaimana mereka mencapai kesimpulan atau konklusi terakhir.

Orang-orang yang ditemuramah juga merupakan orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Terdapat anggota Polis yang menyiasat, staf hotel, golongan dari media sosial yang menubuhkan komuniti penyiasat kes Elisa Lam di media sosial, mangsa fitnah yang timbul dari spekulasi teori konspirasi serta pakar psikologi. Dengan ini penonton dapat melihat kes ini dari pelbagai sudut dalam usaha memahami apa yang terjadi.

Pada admin ia adalah sebuah dokumentari yang sangat terperinci dan menarik, sekiranya anda meminati kes misteri ini. Jika anda tidak pernah mendengar tentang kes Elisa Lam ini, ia juga sangat menarik, dengan syarat anda boleh menonton dokumentari berat sebegini. Jika anda tidak biasa menonton dokumentari berat sebegini, mungkin anda akan berhenti pada episod 1.

Cecil Hotel

Positif vs Negatif

Positif

  • Penyiasatan dan pendedahan sangat terperinci dari semua pandangan
  • Mengambil kira pandangan dari semua pihak, termasuk mangsa teori konspirasi
  • Pacing penceritaan yang baik

Negatif

  • Agak berat dan panjang berjela-jela dalam penceritaan latarbelakang
  • Mungkin akan membosankan sesetengah orang

Cecil Hotel

Penilaian

Jalan cerita – 9/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – -/10

Nilai hiburan – 4/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – -/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *