The Call – Thriller Dengan Banyak Putaran Plot yang Mengejut [Review]

Akhir-akhir ini, admin banyak melihat orang becakap mengenai filem thriller Korea bertajuk The Call. Admin malas sebenarnya nak menonton filem KOrea, namun memandangkan terlalu banyak orang bercakap mengenainya, admin terpanggil untuk menyiasat apa yang bagus sangat mengenai filem ini? Inilah hasil siasatan itu.

The Call

The Call – Thriller Dengan Banyak Putaran Plot yang Mengejut [Review]

The Call mengisahkan Seo-yeon, seorang wanita 28 tahun yang pulang ke kampung halamannya untuk melawat ibunya yang sakit kanser. Disebabkan sejarah lalu beliau tidak berapa sukakan ibunya, terutamanya sejak bapanya meninggal dunia 20 tahun lalu pada tahun 1999 akibat kebakaran yang disebabkan ibunya terlupa menutup dapur gas.

Setibanya di rumah, oleh kerana beliau kehilangan telefon pintar, beliau mula mencari telefon rumah dan menjumpai sebuah telefon tanpa wayar lalu mencucuknya pada port telefon. Tidak lama selepas itu beliau mendapat panggilan telefon ganjil dari seorang wanita yang selepas beberapa panggilan memperkenalkan dirinya sebagai Oh Young-sook. Alangkah terkejutnya Seo-yoon mendapati bahawa Young-sook tinggal di rumah sama, tetapi pada tahun 1999. Bermakna telefon tanpa wayar itu boleh menghubungi orang dari masa lampau.

Maka bermulalah satu persahabatan antara dua zaman. Tetapi adakah benar ia satu persahabatan? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

The Call

Review

Secara mudahnya admin katakan, filem ini memang gempak. Pertama, setiap bahagian filem ini dibikin dengan begitu teliti dengan memikirkan perkembangan dan transisi ke bahagian berikutnya. Dalam bahagian pengenalan, semuanya nampak baik dan seolah sebuah persahabatan kian berputik. Kemudian beberapa perkara tertentu menjadi transisi kepada bahagian kedua filem ini iaitu bahagian konflik dan transisinya sememangnya dibikin dengan begitu baik.

Masuk pula bahagian konflik, di sinilah segala bakat penulis dan pengarah diperlihatkan. Penonton disajikan dengan pelbagai putaran plot yang dramatik dan tidak terjangka yang membuatkan penonton tidak senang duduk. Tidak ada satu ketika pun penonton boleh relax semasa menonton bahagian ini kerana ada sahaja putaran plot yang akan terjadi. Sehinggalah ke penamat filem pun terdapat putaran plot yang memang tidak terjangka, jadi jangan tutup app Netflix anda walaupun kredit telah mula muncul.

Lakonan para pelakon utama filem ini juga pada tahap terbaik. Terutamanya pelakon yang memainkan watak Young-sook yang berjaya menampilkan perwatakkan psikopat dengan begitu meyakinkan sekali. Pelakon Seo-yeon juga tidak kurang hebatnya, terutamanya kerana beliau perlu melakonkan adegan penuh stres dan hampir tiada harapan.

Sinematografinya juga sangat berkualiti dan jelas sekali banyak membantu dalam meningkatkan kualiti visual filem ini. Produksi juga berkerja keras dalam menyediakan set rumah yang sama, tetapi bertukar gaya dan susun atur mengikut perubahan sejarah yang juga memberi impak kepada keadaan masa kini.

The Call

Secara keseluruhan, walaupun filem ini tidak mempunyai bajet besar, namun jalan cerita, lakonan dan sinematografi yang mantap jelas mengangkat filem ini menjadi salah sebuah filem terbaik yang admin tonton tahun ini. Kami sangat merekomen anda menonton filem ini di Netflix.

The Call

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang sangat mendebarkan
  • Lakonan yang mantap
  • Sinematografi yang baik

Negatif

  • Hampir tiada perkara negatif yang boleh dikatakan mengenai filem ini

Penilaian

Jalan cerita –10/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10

Nilai hiburan – 10/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 9/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *