Queens Gambit – Bakal Membuatkan anda Meminati Catur [Review]

Sejujurnya catur bukanlah sala satu permainan yang admin minat, namun setelah menonton siri Queens Gambit di Netflix, segalanya mungkin berubah. Siri 7 episod ini mula ditayangkan bulan ini dan menjadi perbualan ramai.

Queens Gambit

Queens Gambit – Bakal Membuatkan anda Meminati Catur [Review]

Queens Gambit mengisahkan Beth Harmon, seorang genius dalam permainan catur. Beliau kehilangan ibunya ketika kecil akibat kemalangan jalanraya dan membesar dalam satu rumah anak yatim Kristian. Beliau mula mempelajari permainan catur daripada tukang cuci rumah anak yatim itu yang bernama Mr. Shaibel. Sejak itu beliau dengan pantasnya menguasai permainan tersebut dang mula mencapai tahap melebihi orang dewasa.

Siri ini mengisahkan perjalanan Beth meningkat naik dalam dunia catur yang dikuasi kaum lelaki demi mancapai cita-citanya untuk mengalahkan juara dunia dari USSR, Vasily Borgov.

Queens Gambit

Review

Perkara-perkara pertama yang menonjol mengenai siri Queens Gambit ialah kualiti produksinya. Setiap episodnya memang sehampir mungkin dengan durasi 1 jam dan kualiti sinematografinya pada tahap yang tertinggi. Tidak kurang juga props dan persekitaran tahun 60-an yang ditampilkannya sememangnyaa dibikin tanpa istilah “cincai”. Dari kenderaan, rekaan dalaman bangunan, budaya pop, dan banyak lagi, membuatkan anda terasa berada di tahun 60an.

Berlatarbelakangkan persikitaran tahun 60an di Amerika, susun atur dan penceritaannya yang jelas serta teratur menambahkan lagi kehebatan siri TV ini. Yang terbaik ialah anda tidak perlu mahir dalam catur untuk menonton siri TV ini. Ia tidak hanya menunjukkan permainan catur yang dimainkan Beth, tetapi menampilkan Beth untuk menceritakan sendiri apa strategi beliau semasa bermain. Ini membolehkan penonton sedikit-sebanyak memahami signifikannya strategi yang digunakan Beth.

Queens Gambit

Dengan kata lain, banyak perkara mengenai permainan catur termasuk strategi-strategi popular dan bintang pemainan catur terdahulu dapat dipelajari dengan menonton siri ini. Terbaik mengenainya ialah ia tidak menunjukkan perlawanan catur yang tidak penting dalam sesebuah tornament catur demi menjimatkan masa dan tidak membuatkan penonton bosan.

Seperti biasa, setiap genius pastinya mempunyai sisi gelap mereka dan sisi-sisi gelap Beth juga diceritakan dengan baik dalam siri ini, namun kesan habit Beth yang paling teruk kepada kehidupan dan permainan caturnya tidak nampak begitu teruk dan dalam satu episod sahaja ia berjaya diatasi. Apa pun, dari awal hingga ke penghujung siri ini penonton boleh melihat transformasi Beth dari seorang kanak-kanak bijak, tetapi naif kepada gadis liar yang agak egoistik, sambil mengekalkan identitinya yang menjadikannya watak Beth Harmon. Di sinilah skil lakonan Anna Taylor-Joy menampakkan kehebatannya. Beliau berjaya membawa watak utama itu tanpa gagal.

Secara keseluruhannya, siri ini memang sebuah siri yang berbaloi untuk ditonton. Anda tidak perlu menjadi seorang pakar catur untuk menonton siri ini, tetapi jika anda seorang pakar catur, mungkin anda boleh mendalami dengan lebih mendalam bahagian-bahagian teknikal dalam siri ini.

Positif vs Negatif

Positif

  • Produksi, penceritaan dan lakonan yang mantap
  • Penonton yang tidak meminati  catur juga akan tertarik mempelajari catur
  • Bijak dengan tidak menyertakan perlawanan catur yang tidak penting kepada jalan cerita.

Negatif

  • Tidak banyak perkara negatif boleh dikatakan mengenai siri ini
  • Pemaparan budaya barat yang kurang sesuai seperti dadah, arak dan pergaulan bebas.

Queens Gambit

Penilaian

Jalan cerita –10/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –9/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 9/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *