Paranormal – Pengenalan Kepada Filem Seram Mesir [Review]

Admin terserempak dengan sebuah siri Netflix berjudul Paranormal yang berasal dari Mesir. Pelik bukan? Dalam banyak-banyak negara, siri Mesir berbahasa arab pula yang admin jumpa. Siri TV bergenre seram ini mempunyai 6 episod dan boleh ditonton dalam masa beberapa hari sahaja. Berikut adalah pendapat admin mengenai siri ini.

Paranormal

Paranormal – Pengenalan Kepada Filem Seram Mesir [Review]

Paranormal berlangsung pada sekitar tahun 60an di Mesir, mengisahkan seorang saintis/pensyarah universiti pertengahan umur bernama Dr. Refaat Ismail yang selalu bernasib malang. Beliau mengelami satu kejadi paranormal semasa kecil, namun beliau tidak pula percaya dengan perkara ghaib dan tahyul. Sebaliknya beliau bertegas hanya percaya perkara yang boleh dibuktikan dengan sains, walau sepelik mana pun kepercayan-turun temurun masyarakat.

Pada hari lahirnya yang ke 40, suatu perkara telah terjadi yang mencetuskan satu rentetan kejadian paranormal di sekitar Kaherah dan Mansura. Kerana kepakarannya, beliau dipanggil untuk mengkaji kejadian-kejadian tersebut. Semua kejadian-kejadian ini membuka semula kisah lamanya mengalami pengalaman paranormal semasa kecil bersama adik beradiknya serta meletakkan nyawa yang tersayang dalam bahaya. Bagaimanakah kisah paranormal beliau akan berakhir? Tontonlah siri ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Paranormal

Review

Sebenarnya admin tergerak untuk menonton siri ini kerana perasaan ingin tahu bagaimana kualiti siri TV berbahasa Arab dan secara ringkasnya, boleh admin katakan, boleh tahan juga kualitinya. Pertama sekali kualiti sinematografinya sangat tinggi, lokasi dan props yang digunakan juga bukan cincai sahaja, dan lakonan watak-watak juga berkesan walaupun bukan pada tahap Holywood.

Sebelum itu, jika anda ingin menonton siri ini dalam bahasa arab, percakapan mereka agak pantas sehingga anda mungkin tidak sempat membacanya. Jadi jika anda jenis yang lambat membaca, pilihan bahasa Inggeris beserta sarikata bahasa Melayu juga ada.

Paranormal

Pengenalan watak Dr Refaat Ismail sangat teliti. Beliau akan memberi “narration” mengenai prinsip-prinsip hidupnya, pendapatnya mengenai satu situasi itu dan bagaimana ia mendorongnya mengubah prinsipnya. Ini secara tidak langsung memberikan pengenalan mendalam kepada penonton mengenai Dr Refaat supaya penonton ada “connection“: dengan wataknya. Dan wataknya yang skeptik, muram dan passimistik ini konsisten sehingga ke penghujung siri.

Sejujurnya, (bagi orang dewasa) kisah seramnya tidaklah begitu seram (tidak seram langsung). Namun, jalan ceritanya agak menarik dan mampu mengekalkan minat penonton terhadapnya. Jika anda pernah tonton siri Supernatural di Astro AXN, tahap keseramannya pada tahap itu sahaja. Ia lebih kepada drama berlatarbelakangkan kisah seram/paranormal. Perjalanan Dr Refaat dan rakan-rakannya juga ada mirip Indiana Jones, tetapi tidaklah penuh aksi seperti beliau. Ia lebih kepada penyiasatan misteri paranormal dari pandangan saintifik/skeptik Dr Refaat. Wataknya yang muram juga tidak seperti mana-mana hero, sebaliknya seperti Sherlock Holmes yang kekok dan tak ada keyakinan diri. Namun dengan kejayaannya menyelesaikan kes paranormal, beliau diangkat seperti wira yang beliau sendiri tidak mahukan.

Tetapi sepanjang 6 episod itu terselit juga kisah kekeluargaan, cinta terlepas dan kisah masyarakat yang menarik untuk dihayati. Harus juga disebut bahawa, walaupun siri ini berkisah di Mesir, sebuah negara arab, hampir tiada unsur agama dimasukkan. Ia lebih bersifat sekular. Malah banyak kepercayaan karut yang tidak seharusnya dipercayai orang Islam dilihat di kalangan masyarakat dalam siri ini.

Secara keseluruhan, siri ini tidaklah super, namun cukup menari untuk ditonton sehingga akhir. Ia sesuai untuk ditonton oleh penonton 16 tahun ke atas. namun saya tidak pasti berapa ramai golongan muda yang berminat menontonnya kerana ia sedikit perlahan dari siri penuh aksi yang biasa ditonton ramai. Watak utamanya juga bukanlah jenis orang yang golongan muda letakkan sebgai idola. Jika anda berminat menonton siri TV dari negara arab, ini satu pengenalan yang baik. Malah, daripada kesudahannya, ada kemungkinan ia akan mempunyai musim kedua.

DSC06424.ARW

Positif vs Negatif

Positif

  • Kualiti sinematografi, props, lokasi dan lakonan yang baik
  • Jalan cerita yang tidak membosankan (kecuali kalau anda tidak sempat baca sarikata)
  • Pengenalan kepada kepercayaan tahyul arab Mesir.

Negatif

  • Tidak seram
  • Tidaklah terlalu memberangsangkan

Penilaian

Jalan cerita –7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –8/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *