Memandangkan kita di KL, Selangor dan beberapa lagi negeri di Malaysia telah memasuki musim kedua PKPB, panggung wayang sekali lagi tidak dapat dilawati dan ini bermakna Netflix jugalah menjadi sumber hiburan wayang kita kali ini. Terkini, kami menonton filem Pasal Kau lakonan Jana Nick, Hairul Azreen dan gang-gang Paskal/Wira di bawah arahan Adrian Teh.
Pasal Kau – Why So Serious? [Review]
Pasal Kau mengisahkan Aiman (Hairul Azreen) dan Jane (Jana Nick) yang merupakan dua pekerja sebuah hotel 5 Bintang. Aiman dan Jane telah lama berkawan rapat, tetapi Jane telah lama menyimpan perasaan terhadap Aiman manakala Aiman hanya “Friendzone” Jane. Suatu hari hotel mereka menerima tetamu yang merupakan seorang Tengku. Tanpa pengetahuan mereka, suatu perkara buruk bakal terjadi yang akan mengimpak hubungan mereka. Apakah yang akan terjadi? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Jika anda sudah tonton filem-filem arahan Adrian Teh, secara spesifik filem Paskal dan Wira, anda tentu sedar bahawa filem-filam tersebut berkait antara satu dengan lain. Admin menonton Wira tempo hari di Astro dan mendapati ia berkemungkinan adalah prekuel bagi filem Paskal. Pasal kau adalah filem ketiga Adrian Teh yang kami tonton dan ia sebuah filem genre lain dari kebiasaan. Filem ini adalah sebuah rom-com (romantic comedy), namun ia seolah telah membawa semula semua pelakon utama filem Paskal dan Wira. Tetapi kerana genre filem ini adalah rom-com, watak-watak yang dimainkan mereka mungkin lain dari kebiasaan.
Sejujurnya, keseluruhan filem ini terasa seperti sebuah projek filem yang dibikin oleh sekumpulan sahabat untuk suka-suka sahaja. Terdapat banyak kelemahan dalam filem ini termasuk lakonan pelakon selain Amerul Affendi dan Jana Nick memang agak menghampakan, watak-watak jahat yang hanya mengharap muka cantik sahaja dan jalan cerita yang tidak mendedahkan tujuan sebenar di sebalik penculikan Tengku. Selain itu, babak dan sekuens aksinya terlampau mengarut sehingga anda mungkin tidak sanggup menontonnya (dalam bahasa Inggerisnya “cringeworthy”). Jika anda baca atau tonton review dari reviewer lain, tidak banyak perkara yang baik akan mereka ulas tentang filem ini.
Walaubagaimanapun, setelah menonton filem ini, kami berpendapat satu pendekatan lain harus diambil untuk review filem ini. Filem ini tidak seharusnya dinilai dengan terlalu seriousd dan rigid, barulah anda dapat melihat kekuata filem ini.
Antara kekuatan filem ini ialah ia mempunyai karekter yang agak funki. Sebagai contoh apabila Jane menceritakan bagaimana Parjo selalu menggangunya apabila beliau mahu confess kepada Aiman. Selain itu, sesetengah babaknya dilukis dengan kartun seperti babak Wak ditikam aiskrim dan babak lawan Sofia di penghujung filem. Terdapat juga beberapa rujukan kepada filem Paskal dan hanya mereka yang telah menonton Paskal akan menyedari lawak yang disampaikan. Perkara-perkara kecil inilah yang menjadikan filem ini unik dan membuatkan kami melupakan seketika kelemahan-kelemahan besar filem ini.
Pada pendapat kami juga, kebanyakan lawak slapstik berlaku pada babak-babak aksi dan babak menjalankan satu tugasan. Sebaliknya banyak lawak yang menjadi adalah lawak dalam perbualan, jalan cerita dan babak-babak yang melibatkan dialog dan perbincangan. Nasib baik kami tidak mendengar sebarang review sebelum menonton, kalau tidak kami mungkin tak tonton langsung. Nasib baik juga segala perkara yang baik mengenai filem ini berlaku pada suku pertama filem. Sekurang-kurangnya penonton telah selesa dengan watak-watak tersebut sebelum kelemahan-kelemahan filem mula muncul.
Seperti kami katakan tadi mengenai filem ini, ia seolah gang Paskal dan Wira buat sebuah filem untuk suka-suka, bukan untuk mengejar kutipan. Tidak mustahil, sesi penggambaran filem ini krew produksi anggap sebagai sebuah percutian berbanding kerja serious. Barangkali pengarah Adrian Teh juga ingin mengeksperimentasi ke atas filem genre yang lebih ringan berbanding filem Paskal dan Wira, dan platform Netflix merupakan platform yang terbaik untuk cuba-mencuba.
Positif vs Negatif
Positif
- Jalan cerita ringan dan mudah difahami
- Susun atur jalan cerita yang baik, walaupun hasilnya kadang-kala tidak menjadi
- Watak-watak utama yang karakter tersendiri yang tersendiri.
Negatif
- Lawaknya 50:50 antara menjadi dan slapstik.
- Babak aksi yang cringeworthy.
- Watak jahat yang tidak berkaliber.
Kesimpulan
Seperti yang kami cadangkan, janganlah serious sangat terhadap filem ini. Ia hanya sekadar suka-suka dan santai. Anggaplah ia seolah-olah bercuti di pantai bersama gang Adrian Teh. Kerana jika dinilai secara serious, ia memang banyak kelemahan dan anda mungkin tidak ingin tontonnya pun. Apa pun, selamat menonton.\
Penilaian
Jalan cerita – 6/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10
Nilai hiburan –8/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 6/10