Love Death and Robots – Himpunan 18 Filem Pendek Sci-Fi Memberangsangkan [Review]

Love Death and Robots atau ditulis Love, Death + Robots merupakan satu siri Netflix yang menghimpunkan 18 filem pendek yang mengisahkan cinta, kematian dan robot. Walaupun ia telah dilancarkan tahun lepas, kami hanya dapat menontonnya hari ini di perkhidmatan penstriman tersebut. Berikut pendapat kami mengenai siri TV ini.

Love Death and Robots

Love Death and Robots – Himpunan 18 Filem Pendek Sci-Fi Memberangsangkan

Love Death and Robots merupakan himpunan 18 filem pendek, kebanyakkannya terdiri dari animasi kartun, CGI dan CGI fotorealistik. Setiap episode merupakan filem pendek tersendiri yang berdurasi dari lebih kurang 6 minit hingga 20 minit dan setiap episod dengan kisah dan genrenya sendiri dan tiada kaitan antara satu dengan lain.

Love Death and Robots

Review

AMARAN: Siri Netflix ini hanya untuk penonton 18 tahun ke atas kerana mempamerkan babak ganas, terlanjang (nudity) dan bahasa kesat.

Sebenarnya kami tidak berapa pasti bagaimana untuk review siri Love Death and Robots memandangkan ia mempunyai 18 filem pendek yang berlainan. Ada yang terang-terang genre sci-fi, ada juga boleh dikategorikan sebagai fantasi, ada komedi gelap dan ada juga berkisahkan serigala jadian. Semuanya mempunyai plot twist-nya tersendiri. Setiap orang yang menonton siri ini pastinya akan mempunyai filem-filem pendek kegemarannya tersendiri dari senarai filem yang ada. Tapi kami tidak pasti samada terdapat orang yang akan menggemari semua filem dalam siri ini. Apa yang pasti kebanyakan filem pendek in disasarkan kepada penggemar tegar sci-fi dan kami jamin mereka akan berpuas hati menontonnya.

Love Death and Robots

Mungkin kami boleh mengulas episod-episod kegemaran kami, antaranya episod 4 bertajuk Sonnies Edge mengisahkan satu kumpulan yang diketuai Sonnie yang terlibat dengan dunia perlawanan makhluk jadian. Dalam dunia ini, setiap pasukan akan menghasilkan satu makhluk jadian yang akan dikawal oleh salah seorang ahli pasukan dalam perlawanan kalah mati dengan pasukan-pasukan lain. Filem ini menggunakan CGI sepenuhnya memaparkan makhluk jadian dengan rekaan yang hebat serta babak berlawan yang sangat mendebarkan. Paling menarik adalah putaran plot di penghujungnya yang memang tidak dijangka.

Kedua ialah episod 6 bertajuk The Secret War, mengisahkan satu pasukan tentera Russia pada zaman perang dunia kedua yang ditugaskan memburu dan menghapuskan makhluk berupa seperti dalam filem Starship Troopers yang membunuh dan memusnahkan kampung-kampung di sebelah timur Russia. Sesiapa yang meminati filem seperti starship Troopers akan menggemari filem pendek ini.

Love Death and Robots

Ketiga ialah episod 16 bertajuk Lucky 13. Ia mengisahkan sebuah pesawat pengangkut tentera Marines di masa hadapan yang dihantui nasib malang. sesiapa yang memandu atau menaiki pesawat tersebut kebanyakannya akan mati, walaupun pesawat tersebut sendiri tidak musnah sepenuhnya. Namun nasibnya berubah apabila juruterbang baru dipilih untuk menerbangkan pesawat tersebut. Episod ini kami gemari bukan sahaja kerana animasi CGI fotorealistiknya menggunakan teknik motion capture, malah ia juga mempunyai jalan cerita yang menarik yang menyebabkan hati penonton terpaut kepada pesawat tersebut. Ia mesti ditonton bagi mereka yang menggemari filem mengenai tentera dan pesawat tempur.

Love Death and Robots

Yang terakhir adalah episod 3 bertajuk Ice Age. Ia mengisahkan sepasang kekasih/suami isteri yang baru berpindah masuk ke sebuah apartmen. Dalam apartmen tersebut, pemilik asalnya telah meninggalkan sebuah peti ais zaman dahulu. Di dalamnya mereka menemui satu tamadun manusia kecil yang hidup dalam peti ais tersebut. Ia seperti bermain SimCity dan melihat tamadun tersebut berkembang melalui zaman kuno sehingga zaman moden. Memang comel dan menarik untuk ditonton oleh semua.

Sebenarnya banyak lagi episod yang kami gemarkan, malah kami rasa hanya dua tiga episod yang kami kurang gemar. Malah banyak di kalanganan filem pendek ini kami harap boleh dibikin menjadi filem atau siri TV penuh. Walaupun sesetengah filem pendek hanya berdurasi 17 minit, teknik penceritaannya yang mantap menyebabkan penonton seolah telah menonton filem yang penuh. Namun harus diingat, banyak filem pendek dalam siri ini ini mempunyai unsur ganas dan telanjang yang agak melampau. Serious, memang tidak sesuai untuk penonton 18 tahun ke bawah.

Positif vs Negatif

Positif

  • Kualiti penceritaan dan animasi yang sangat tinggi.
  • Setiap episod padat dengan isi seolah-olah menonton sebuah filem penuh.
  • Sesetengah episod cukup hebat untuk dijadikan filem atau siri TV penuh.

Negatif

  • Keganasan dan babak telanjang yang melampau dalam sesetengah episod.

Love Death and Robots

Kesimpulan

Kesimpulannya siri filem pendek Love Death and Robots adalah satu siri Netflix yang sangat menarik. Ia boleh ditonton oleh semua peminat sci fi samada mereka meminati robot, serigala jadian ataupun makhluk asing. Selagi anda di atas umur 18 tahun kami sangat merekomen siri Netflix ini kepada anda.

Penilaian

Jalan cerita – 9/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10

Nilai hiburan –9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 10/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *