BG Personal Bodyguard – Mengimbau Kembali Zaman Kegemilangan J-Drama [Review]

Admin sering menonton siri anime dan filem di Netflix dan sumber-sumber yang sewaktu dengannya, namun admin telah lupa bilakah kali terakhir admin menonton siri J-Drama. Ini kerana, tidak seperti K-Drama yang lebih pelbagai genre-nya, J-Drama ini sedikit skema dan boleh diagak, menyebabkan ramai makin bosan menontonnya. Admin teringat zama-zamn universiti admin di mana K-Drama seperti GTO, Beautiful Life dan banyak lagi popular di kalangan muda-mudi seperti kami. Ini kerana K-Drama ini memberikan satu perasaan yang unik apabila menontonnya. Dari susun atur grafik lower thirds, kredit serta tajuknya hingga ke jalan cerita yang menarik, pelakon yang menarik serta kualiti gambar yang jauh lebih tinggi dengan apa yang didapati dengan saluran TV Malaysia. Namun, seingat admin, siri J-Drama terakhir yang admin tonton, rasanya siri “My Boss, My Hero” pada tahun 2006 dahulu. Kini, admin tergerak untuk menonton siri BG Personal Bodyguard setelah dipromosi bertalu-talu kepada admin di Netflix. Ini pendapat admin mengenai siri ini.

BG Personal Bodyguard

BG Personal Bodyguard – Mengimbau Kembali Zaman Kegemilangan J-Drama [Review]

BG Personal Bodyguard mengisahkan  Akira Shimazaki (Takuya Kimura) yang bekerja sebagai pengawal keselamatan peribadi . Namun disebabkan kegagalannya melindungi seorang klien pada tahun 2012 menyebabkan beliau terpaksa berundur dari bidang itu dan bekerja selama 6 tahun sebagai pengawal keselamatan tapak pembinaan. Namun, bos beliau di syarikat keselamatan Hinode ingin menubuhkan jabatan Personal Bodyguard di syarikat itu dan menjemputnya untuk bekerja semula dalam bidang tersebut. Beliau bersetuju dengan syarat sejarahnya tidak didedahkan manakala beliau perlu bermula dari bawah sebagai amatur. Siri ini mengisahkan tugasan-tugasan yang dijalankan pasukan keselamatan peribadi syarikat Hinode.

Tontonlah siri ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

BG Personal Bodyguard

Review

Dari menonton episod pertama lagi, tidak syak lagi siri ini tidak ubah sebuah J-Drama sejati. Teknik penggambaran, jalan cerita serta rekaan wataknya berkadar langsung dengan “skema penghasilan K-Drama” sejak tahun 90an lagi. Ia memang mengimbau kembali zaman kegemilangan K-Drama dahulu. Namun, walaupun demikian, ia tidak bermakna drama BG Personal Bodyguard adalah sebuah siri yang hebat.

Secara umumnya, drama-drama TV biasanya mempunyai elemen pembinaan karakter, struktur jalan cerita yang dramatik menyebabkan penonton terpaksa menonton episod sehingga habis dan teaser untuk “menperdaya” penonton menonton episod berikutnya. Siri ini mempunyai semua elemen-elemen tersebut, menyebabkan admin “terpaksa” menonton semua episod sehingga habis. Walaubagaimanapun, dari segi plot dan setting ceritanya, ia tidaklah sehebat mana dan tidak pula teruk, cuma struktur drama TV itu membuatkan ia sukar untuk penonton berhenti menonton. Ia berjaya mengekalkan penonton menggunakan formula J Drama yang terbukti berjaya.

BG Personal Bodyguard

Satu pemerhatian yang dapat dibuat ialah betapa Takuya Kimura sudah semakin tua. Mungkin juga dia nampak tua sebab admin telah lama tidak menonton drama lakonannya sejak drama “Long Vacation”. Apa pun, lakonannya, serta semua wataknya seperti biasa boleh dijangkakan dari sebuah drama Jepun. Sebenarnya pada pendapat admin, seperti K-Drama juga, J-Drama mesti mempunyai satu piawai yang standard bagi membolehkan penyiarannya di TV Jepun. Drama itu tidak boleh ada keganasan atau kelucahan melampau dan mempunyai jalan cerita mudah diterima masyarakat. Ini membolehkan ia mendapat penerimaan universal di kalangan penonton Jepun tidak kira umur. Jika anda tengok drama Melayu di TV3 juga menggunakan pendekatan yang sama. Ia menghasilkan drama yang lebih kurang sama kualitinya dan tiada banyak drama yang menonjol dari yang lain.

BG Personal Bodyguard

Dengan itu, secara ringkasnya kesimpulan yang dapat dibuat dengan review ini ialah BG Personal Bodyguard adalah seperti mana-mana drama Jepun. Terpulang kepada anda mahu tonton atau tidak. Tidak rugi jika anda tidak menonton, tetapi jika anda telah menonton, sukar untuk berhenti sekerat jalan. Akibatnya, memandangkan admin telah menonton habis musim pertama, admin tidak berapa berminat untuk menonton musim kedua.

BG Personal Bodyguard

Positif vs Negatif

Positif

  • Satu siri drama yang cukup menarik dan dramatik untuk ditonton sehingga tamat.
  • Menepati skema J Drama

Negatif

  • Jalan cerita boleh dijangka
  • Babak lawan kurang berkesan
  • Tiada kelebihan yang boleh ditonjolkan

BG Personal Bodyguard

Kesimpulan

Kesimpulannya, kalau anda telah lama tidak menonton drama Jepun dan rindukannya, siri drama BG Personal Bodyguard adalah sebuah siri yang menarik untuk ditonton. Namun, jika anda bukan dalam mood untuk menonton J Drama, anda tidak perlu pun menontonnya, tetapi jika anda telah mula menonton, sukar untuk berhenti.

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 6/10

Nilai hiburan –7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *