Jika anda telah menonton Thor: The Dark World dan tidak berganjak hingga ke babak rahsia yang diselitkan di antara senarai kredit, tentu anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan babak tersebut. Kami hari ini memberi sedikit kupasan tentang babak tersebut. Kepada yang belum menonton, jangan baca dahulu pos ini kerana terdapat spoiler di dalamnya.
Kisah Di Sebalik Babak Rahsia Thor: The Dark World
[SPOILER ALERT]
Seperti mana filem-filem Marvel yang lain, Thor : The Dark World juga mempunyai babak rahsia di akhir filem itu. Walaupun kami menonton babak tersebut, daripada cakap-cakap di internet, terdapat dua babak dan bukannya satu.
Babak Rahsia Pertama
Babak rahsia pertama membawa penonton ke sebuah muzium galaktik di mana kuratornya dipanggil “The Collector” yang menjadi pengumpul item-item membosankan dan juga yang berkuasa.
Lady Sif dan Volstagg membawa kepadanya Aether, iaitu senjata rahsia Dark Elf yang diperkatakan dalam review filem ini tempoh hari. Orang-orang Asgard berfikir adalah tidak bijak untuk menyimpan Aether berhampiran satu lagi “Infinity Stones” – The Tesseract.
The Tesseract adalah kiub kosmik yang dipunyai Loki yang menyebabkan huru-hara dalam filem The Avengers dan dalam dunia filem Marvel, Aether dan Tesseract merupakan “Infinity Stones” yang memberikan pemiliknya kuasa mengatasi semua yang ada di alam semesta.
The collecter juga dilihat berkata “One down, five to go” selepas menerima Aether itu yang menunjukkan menjadi langkah pertama dalam jalan cerita The Avengers 3: Infinity Gauntlet and Thanos yang akan dibikin selepas filem Avengers 2 : Age of Ultron.
Thanos muncul dalam babak rahsia The Avengers setahun lalu dan dia mahu menguasai alam semesta menggunakan Infinity Stones tersebut. Begitulah plot filem Avengers 3 dan satu lagi filem Marvel bertajuk “Guardians of the Galaxy” yang akan ditayangkan tahun hadapan akan mengupas lanjut watah The Collector dan Thanos ini.
Babak Rahsia Kedua
Babak rahsia kedua pula diletakkan di penghujung kredit, ketika kebanyakan orang telah lama meninggalkan panggung wayang, termasuk kami. Namun, daripada apa yang diperkatakan di internet, babak tersebut menunjukkan Thor telah melepaskan tanggungjawab dan haknya untuk menjadi raja Asgard dan mahu hidup bersama Jane Foster (Nattalie Portman).
Ini berkemungkinan besar menunjukkan peranan Thor dalam filem Avengers 2 dan memainkan peranan lebih besar dalam Avengers 3.
Dalam filem pertama Thor, dia tidak digambarkan cuba mengadaptasi cara hidup manusia di bumi dengan banyak dan dalam filem kedua tidak ada langsung usaha tersebut. Mungkin dalam filem ketiga, kita akan melihat Thor telah mengadaptasi cara hidup manusia sepenuhnya dan kemudian terpaksa pulang ke Asgard atas sebab-sebab yang digambarkan dalam Thor 2.