Wild [Review]

Filem Wild tidak ditayagkan secara meluas di pawagam Malaysia, namun kami berpeluang menontonnya di GSC One Utama di atas tiket yang ditawarkan percuma oleh pihak YES 4G.

hd-WILD-2014-streaming

Wild [Review]

Filem Wild merupakan kisah benar biografi mengenai Cheryl Strayed yang telah ingin memperbetulkan hidupnya selepas melakukan pelbagai kesilapan besar yang dirasakannya tidak boleh dimaafkan.

Dalam usahanya untuk memulihkan keyakinan pada dirinya, beliau pergi mengembara secara solo merentasi Pacific Crest Trail, satu laluan pengembaraan yang bermula berhampiran sempadan US dan Mexico dan berakhir berhampiran sempadan US dan Kanada. Laluan ini sepanjang 1,100 batu dan merentasi gurun yang panas, bukit-bukau bersalji dan denai yang berbahaya.

Sepanjang perjalanannya, beliau menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang menyedarkannya mengenai hakikat kehidupan dan sedikit demi sedikit menjadikannya lebih kuat.

Bagaimana beliau dapat memulihkan keyakinannya? Tontonilah filem ini di pawagam GSC berhampiran anda.

wild-reese-witherspoon

Jalan Cerita

Oleh kerana filem biografi ini dibikin berasaskan kisah benar tidak banyak boleh dijangkakan dari segi kreativiti pengolahan cerita. Apa yang berlaku dimasukkan ke dalam cerita, apa yang tidak, tidak dimasukkan. Tiada aksi dramatik seperti dalam filem Holywood lain.

Filem ini tidak membazir masa dan terus bermula di permulaan pengembaraannya selam lebih 90 hari merentasi Pacific Crest Trail. Sepanjang pengembaran ini beliau akan mengimbau kembali perkara-perkara yang dilakukannya yang menyebabkannya hilang arah.

FOX_3750.psd

Dengan kata lain penonton akan dipertontonkan kepada apa yang berlaku semasa pengembaraannya dan apa yang menyebabkannya hilang arah pada masa yang sama.

Jalan ceritanya pula agak mendatar, jadi jika anda mengantuk anda mungkin akan tertidur, namun secara keseluruhan filem ini tidaklah teruk. Jika anda seorang yang gemar berkelah dan mendaki gunung, filem ini akan membuatkan anda merasa mahu turut mengembara merentasi Pacific Crest Trail.

Sinimatografi

Satu perkara yang patut dipuji ialah sinematografinya yang memaparkan keindahan alam sekitar sepanjang Pacific Crest Trail, dari gurun yang kering kontang, kepada bukit bukau yang bersalji hingga ke hutan yang penuh dengan tumbuhan menghijau. Pendek kata semua jenis iklim yang terdapat di Amerika syarikat dipaparkan dalam filem ini.

wild-mv-24

Positif vs Negetif

Positif

  • Pengembaraan yang menarik
  • Lokasi penggambaran yang indah.

Negetif

  • Jalan cerita mendatar
  • Pengajaran cerita yang agak samar.

Kesimpulan

Filem Wild merupakan filem biografi yang agak menarik, tetap bagi yang tidak meminati genre filem sebegini mungkin akan tertidur di pertengahan tayangannya. Terdapat banyak babak suka duka dan kelakar sepanjang perjalanannya. Namun pengajaran yang diperolehi melalui filem ini agak samar.

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

1 thought on “Wild [Review]

  1. Ping balik: Wild | KaKi Borak

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *