Tum Yum Goong 2 [Review]

Tum Yum Goong 2 merupakan sequel kepada Tum Yum Goong yang keluar pada tahun 2005 dahulu.  Ia tidaklah mempunyai kaitan dengan filem sebelumnya dari segi jalan cerita namun watak Kham dan gajahnya (serta watak polis, Mark) dikekalkan.

Tum Yum Goong 2

Tum Yum Goong 2 [Review]

Dalam filem Tum Yum Goong 2 ini seorang ahli perniagaan telah menemui Kham (Tony Jaa) untuk membeli gajahnya. Seperti dijangka Kham tidak mahu menjualnya. Namun mereka telah menculik gajah tersebut menyebabkan kemarahan Kham.

Tum Yum Goong 2

Beliau pun ke rumah ahli perniagaan tersebut dan membelasah pengawalnya, tetapi bila dia menemui ahli perniagaannya itu dia telahpun mati dipukul seseorang yang professional. 2 anak saudara perempuan ahli perniagaan itu yang menyangka Kham telah membunuh bapa saudara mereka terus memburu Kham sehingga ke lubang cacing.

Adakah beliau akan terselamat? Siapa yang menculik gajahnya? Siapa pula yang membunuh ahli perniagaan tersebut? Semuanya akan terjawab dalam filem ini.

Jalan Cerita dan Lakonan

Sejujurnya, siapa yang menonton filem Tony Jaa kerana inginkan jalan cerita yang gempak sememangnya telah terselah pilih filem untuk ditonton. Kekuatan filem Tony Jaa adalah babak lawannya dan filem ini tidak menghampakan dari segi itu. Malah 70% filem ini terdiri dari babak lawan dan selebihnya hanyalah jalan cerita untuk melengkapkan filem ini.

Kebanyakan babak lawan dan lagak ngerinya dibuat dengan baik namun agak menghampakan kerana terdapat banyak babak lagak ngeri yang menggunakan CGI atau Green Screen, menjadikan babak lawan filem ini kurang realistik dari filem sebelumnya. Walabagaimanapun, terdapat banyak aksi-aksi menyiku, melutut dan juga babak lawan ala Star Wars di penghujung filem ini yang cukup mendebarkan dan akan membuatkan anda terhibur. Anda seolah oleh boleh merasa tulang-tulang patah apabila melihat babak lawannya. Begitu mendebarkan.

Tom-Yum-Goong-2

Kesimpulan

Bagi anda yang sememangnya kaki filem lawan, filem ini akan membuatkan anda teruja, namun jalan ceritanya yang mudah dan tidak kompleks mungkin akan menghampakan sesetengah penonton. Tetapi yang pasti, babak-babak berlawannya sudah cukup untuk menutup kelemahan dari segi jalan cerita. Kami merekomen filem ini bagi mereka yang sememangnya mahu melepaskan tekanan selepas seharian dimarahi boss di tempat kerja.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *