The Impossible : Kisah Benar Kejadian Tsunami (Review)

The Impossible

Filem The Impossible merupakan adaptasi dari kisah benar ini mengisahkan mengenai pengalaman sebuah keluarga yang terselamat dalam menempuhi peristiwa hitam Tsunami yang melanda Thailand pada tanggal 26 Disember 2004. Kisah tragedi yang menimpa keluarga ini berlaku semasa mereka menyambut perayaan Christmas di Phuket, Thailand.

Sehari selepas Christmas ketika keluarga ini sedang bersuka ria di kolam renang hotel penginapan satu gempa bumi yang kuat telah berlaku di perairan Acheh dan telah menghasilkan Tsunami yang dahsyat di rantau Asia tenggara dan lokasi percutian mereka di Thailand ini antara lokasi yang paling terjejas teruk akibat dari bencana ini. Semasa tsunami melanda hotel mereka, Maria (Naomi Watts) telah hanyut bersama anak sulungnya Lucas (Tom Holland)dan terpisah dengan Henry (Ewan McGregor) dan dua anaknya lagi. Efek khas yang digunakan untuk memaparkan tsunami ini nampak begitu realistik terutamanya ketika adengan dimana Maria dan Lucas dihanyutkan.

The Impossible

Selepas keadaan mula reda Maria dan Lucas cuba menyelamatkan diri mereka dan terpaksa menempuh pelbagai kesukaran terutama Maria yang cedera di kaki. Sepanjang perjalanan mereka telah menyelamatkan seorang budak bernama Daniel dan mereka bertiga telah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan memandangkan keadaan Maria yang semakin kritikal. Ketika di hospital Lucas telah menolong pesakit-pesakit di hospital itu dalam mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan berjaya menemukan seoarang ayah dengan anaknya. Sementara itu Daniel yang diselamatkan mereka juga bertemu dengan ayahnya disana.

Beralih kepada Henry (Ewan McGregor) dan dua lagi anaknya yang juga terselamat dari bencana itu dan berada di hotel penginapan mereka. Henry telah bertindak untuk meninggalkan anaknya di bawah jagaan mangsa lain yang terselamat dari hotel yang sama untuk dibawa kekawasan yang lebih selamat dan dalam masa yang sama dia pergi mencari Maria dan Lucas. Henry telah pergi keserata tempat penempatan sementara untuk mencari isteri dan anak sulung beliau. Akhirnya mereka semua bertemu di hospital dimana Maria sedang mendapatkan rawatan. Mereka akhirnya diterbangkan ke Singapura bagi mendapatkan rawatan buat Maria.

Filem The Impossible ini mempunyai plot cerita yang cukup teratur dan kualiti lakonan oleh pelakon terkenal seperti Naomi Watts dan Ewan McGregor sudah pasti memuaskan namun apa yang mengejutkan adalah kualiti lakonan yang dibawa oleh pelakon kanak –kanak terutamanya watak Lucas (Tom Holland) yang ternyata dapat menjiwai watak yang sukar memandangkan cerita ini bermain dengan emosi.

Sinematrografi dan produksi teknikal bagi filem The Impossible ini juga adalah baik terutamanya dalam memaparkan keadaan ketika tsunami melanda dan juga keadaan selepas berlakunya tsunami. Kalau ada kekurangan di dalam filem ini mugkin pada muzik latar yang kurang kerana jika diletakkan muzik-muzik latar sudah pasti akan memberi suasana yang lebih emosional dan menyentuh perasaan.

IMDB

 

Lakonan : 8 / 10
Soundtrack : 4 / 10
Sinematrografi : 7 / 10
Produksi Teknikal : 7/ 10
Keseluruhan : 6 / 10
, , ,

About Sheyzal

Seorang peminat filem tegar yang gemar menonton wayang pada masa lapang. Boleh menonton filem dari mana-mana genre dengan hati terbuka.
View all posts by Sheyzal →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *