The Beast – Filem Aksi Diinspirasikan Taken [Review]

Satu filem telah dilancarkan di Netflix baru-baru ini dan trailernya nampak menarik. Admin tarpanggil untuk menontonnya. Tapi sejauh manakah trailernya menggambarkan filem kehebatan sebenar? Di sini admin memberikan pendapat admin mengenainya.

The Beast

The Beast – Filem Aksi Diinspirasikan Taken [Review]

The Beast atau La Belva adalah sebuah filem thriller aksi Itali dimana seorang bekas pasukan khas tentera bernama Lionida yang mengalami masalah PTSD selepas misi terakhirnya berakhir tragedi. Beliau telah terpisah dengan keluarganya dan dua anaknya, seorang lelaki, seorang perempuan. Namun beliau masih berhubung dengan anak-anaknya dan berjumpa bila dibenarkan.

Satu hari, dalam perjalanan untuk menemuinya, anak perempuannya telah diculik orang yang tidak dikenali. Beliau yang sentap telah bertindak mengejar penculik tanpa menghiraukan keselamatan orang lain, termasuk anggota polis. Tindakannya mengundang syak polis bahawa beliau terlibat dalam penculikan itu.

Apakah beliau dapat mencari anak perempuannya? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

The Beast

Review

Pertama sekali, memeandangkan admin tidak berapa berminat dengan bahasa Itali, admin telah menukarkan bahasa kepada bahasa Inggeris semasa menonton filem ini. Barulah admin dapat menonton filem ini dengan mudah.

Berbalik kepada filem ini, pandangan pertama mengenainya ialah ia cuba meniru jalan cerita filem Taken, namun watak utamanya tidak mempunyai karisma sebaik Liam Neeson. Satu, beliau kurang stabil dari segi mental, kedua beliau tidak hebat berlawan seperti watak Liam Neeson dan ketiga, lakonan beliau sedikit melebih-lebih dan kadang kala kayu. Watak-watak sokongan juga tidak dibangunkan dengan baik. Karaktor inspektor polis juga tidak banyak ditekankan dalam filem ini walaupun beliau juga watak yang agak penting dalam memburu Lionida. Watak bos jahatnya pun muncul sekali dua dalam filem ini dan watak-watak konconya juga lemah.

The Beast

Jalan cerita filem ini pula, walaupun tidaklah teruk, tetapi mudah dijangka memandangkan ia banyak diilhamkan filem Taken. Namun, babak-babak aksinya kurang memberangsangkan. Dari segi koreografinya agak biasa sahaja dan babak kejar-mengejar dengan kereta juga lebih kurang sama sahaja tahapnya. Bahkan babak bos terakhirnya juga pendek dan ringkas. Tiada banyak debaran atau pergaduhan. Biasanya penonton akan menjangkakan perlawanan bos akhir ini lah yang paling mendebarkan, tetapi kecewa.

Akhir kat secara keseluruhan filem The Beast adalah sebuah filem biasa sahaja. Tiada apa yang istimewa atau menonjol dan babak-babak aksi dan berlawannya pun agak hambar. Oleh itu tontonlah hanya ada masa lapang dan tiada apa untuk ditonton.

The Beast

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang mudah difahami

Negatif

  • Jalan cerita yang kurang original
  • Babak aksi dan berlawan yang agak kurang meyakinkan
  • lakonan yang kurang memberangsangkan

The Beast

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 6/10

Nilai hiburan – 6/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 6/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *