The Avengers Age of Ultron [Review]

Filem The Avengers Age of Ultron sememangnya telah lama ditunggu-tunggu peminat filem francais The Avengers dan penonton tentunya boleh mengharapkan aksi-aksi yang mendebarkan, lawak jenaka bersahaja dan watak-watak baharu yang menarik.

ZZ1DA53BA9

The Avengers Age of Ultron [Review]

The Avengers Age of Ultron menyambung dari filem Captian America The Winter Soldier di mana pertubuhan SHIELD telah dilumpuhkan dan kini tugas menjaga keamanan dunia diambilalih oleh pertubuhan The Avengers yang terdiri dari Iron Man, Captain America, Thor, Blackwidow, Hulk dan Hawkeye.

Dalam filem ini pasukan The Avengers berjaya merampas kembali cokma ajaib Loki daripada Hydra. Setelah menganalisa cokma tersebut, Tony Stark mendapati ia mengandungi satu kuasa yang seakan satu entiti yang boleh berfikir.

Avengers Age of Ultron

Dengan bantuan Bruce Banner (Hulk), mereka bersama-sama membangunkan secara rahsia, rancangan Tony Stark untuk mencipta satu entiti kepintaran buatan yang boleh menjaga keamanan dunia. Kepintaran buatan itu digelar Ultron dan dibangunkan menggunakan entiti yang terdapat pada cokma Loki tadi.

Rancangan Tony Stark ialah Ultron boleh menggantikan The Avengers dalam menjaga keamanan dunia dan mengalihkan ahli pasukan tersebut dari tugas menjaga keamanan sekaligus membolehkan mereka hidup seperti orang biasa.

Tanpa disangka entiti dalam cokma tersebut ingin menjaga keamanan dunia, tetapi dengan memusnahkan semua manusia di bumi. Kini, menjadi tugas pasukan The Avengers untuk menghentikannya.

Avengers Age of Ultron

Jalan Cerita

Secara keseluruhan filem ini kurang menarik sedikit berbanding The Avengers dan Captain America The Winter Soldier. Namun, itu tidak bermakna ia tidak menarik ditonton. Kekurangan ini mungkin kerana plotnya agak ringkas dan boleh dijangkakan berbanding dengan plot filem sebelumnya, Captaian America : The Winter Soldier yang mempunyai putar belit yang lebih menarik.

Namun, anda masih boleh mengharapkan babak aksi yang mendebarkan dan lawak jenaka bersahaja terselit diantara babak-babaknya. Namun, babak perang terakhir agak klise dan dibikin menggunakan formula yang sama dengan kebanyakan filem Marvel di mana pasukan robot jahat terlalu lemah ketika menentang pasukan The Avengers, membolehkan pasukan itu membelasah mereka dengan terlalu mudah.

aaron-taylor-johnson-the-avengers-age-of-ultron-set-01-1200x793

Kehadiran beberapa watak, bagaimanapun, telah menjadikan filem ini lebih menarik. Antaranya, watak Quicksilver yang pernah dilihat dalam filem X-Men : Days of Future Past yang mempunyai kuasa luarbiasa untuk berlari laju. Namun latarbelakangnya dan pelakonnya tidak sama dengan Quicksilver dalam filem X-Men.

Lakonan

Secara keseluruhan, lakonan semua pelakonnya sangat baik, namun watak Ultron yang suaranya dimainkan oleh James Spader (pelakon watak Redington dalam siri TV The Blacklist) mempunyai sedikit isu.

687883034_3951504392001_avengers-preview

Suaranya tidak begitu sesuai dengan personaliti Ultron. Suara James Spader sesuai untuk watak ketua orang jahat yang biasa mengarahkan konco-konconya melakukan kerja-kerja untuknya, namun Ultron pula mempunyai perwatakan yang melakukan kerja-kerja berlawan sendiri. Ketidakserasian suara dengan perwatakan Ultron ini sedikit sebanyak mengurangkan aura kejahatan Ultron.

Tetapi ketidakserasian ini mungkin hanya akan disedari oleh mereka yang mengikuti siri TV The Blacklist dan mungkin mereka yang tidak mengikuti siri TV tersebut tidak akan menyedarinya.

Positif vs Negetif

Positif

  • Aksi mendebarkan dipaparkan dalam filem.
  • Watak-watak baru yang menarik.
  • Menghiburkan hingga ke babak terakhir.

Negetif

  • Plot yang mudah dijangka dan klise.
  • Lawak jenaka yang terlalu bersahaja sehinggakan mudah untuk terlepas pandang.

avengers-age-of-ultron-trailer

Kesimpulan

Filem The Avengers Age of Ultron merupakan sebuah filem yang menghiburkan dan wajib ditonton oleh peminat francais filem Marvel. Walaubagaimanapun, penggunaan formula plot yang lebih kurang sama dengan filem-filem Marvel lain menghalang filem ini menjadi filem yang epik.

Tetapi, walau apa pun, kami menjamin anda akan terhibur dengan filem ini sungguhpun terdapat plot yang klise.

Nota : Pastikan anda menonton sehingga penghujung bahagian kredit di mana terdapat babak rahsia yang disorokkan.

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

2 thoughts on “The Avengers Age of Ultron [Review]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *