Sesetengah filem tidak dipromosikan secara meluas di pawagam dan antara sebab yang mungkin ialah filem tersebut tidak berjaya mengutip pungutan tiket yang memberangsangkan atau dalam kata lain filem itu tidak menarik langsung. Mungkin juga filem itu baik, cuma tidak menepati citarasa penonton. Apa pun, kadang kala seseorang itu mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang lain dengan memilih untuk menonton filem-filem tidak ternama seperti ini dan kadang-kala ia berbaloi dan kadang-kala ia gagal.
Survivor [Review]
Survivor mengisahkan seorang pegawai perkhidmatan luar negara Amerika, Kate Abbot yang bertugas di unit visa di kedutaan Amerika di London. Beliau seorang yang tegas dalam tugas menapis pemohon visa ke Amerika. Suatu hari beliau mendapati seorang pemohon visa Amerika yang mencurigakan, lalu menyiasatnya. Sejak itu, beliau menjadi sasaran pembunuh upahan. Mengapa beliau diburu? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.
Jalan Cerita
Bagi seorang yang telah menonton banyak filem teori konspirasi, filem ini berada di tahap sangat amatur. Jalan certianya agak ringkas dan mudah dijangka. Walaupun ada elemen penyiasatan dan misteri, ia mudah dibaca. Walaubagaimanapun, pengarahnya berjaya dalam percubaannya menutup kelemahan tersebut dengan adegan aksi yang agak baik dan mendebarkan.
Tetapi tidak dapat disangkal bahawa jalan cerita filem ini menuruti skema pembikinan filem penyiasatan yang klise.

Lakonan
Lakonan Milla Jovovich dalam filem ini sangat baik dan meyakinkan dengan memaparkan seorang wanita yang tabah dan pada masa yang sama realistik dalam kelemahannya. Sebaliknya, lakonan Pierce Brosnan yang terkenal sebagai James Bond suatu ketika dahulu, kurang memberangsangkan. Beliau membawa watak pembunuh upahan yang diupah untuk membunuh Kate Abbot. Namun, lakonannya agak menjengkelkan dan kami tidak pasti mengapa.
Positif vs Negetif
Positif
- Walaupun jalan ceritanya ringkas dan klise, pengarah telah berjaya membikin filem ini dengan baik dari segi sinematografinya.
Negetif
- Jalan cerita yang ringkas dan klise serta mudah dijangka.
- Langsung tidak mempunyai “Wow Factor”.
Kesimpulan
Filem Survivor ini kami rasakan lebih sesuai untuk ditayangkan melalui saluran TV berbayar seperti HBO atau Fox Movies berbanding ditayangkan di pawagam. Ia tidaklah terlalu teruk, namun ia tidak juga baik. Tetapi apa yang pasti, ia tidaklah berbaloi untuk ditonton di pawagam.
2 thoughts on “Survivor [Review]”