Les Miserables
Filem adaptasi dari pementasan muzikal broadway terhebat dalam sejarah ini sudah pasti dinanti-nantikan oleh peminat filem muzikal. Dibarisi nama –nama besar dalam industri perfileman Hollywood seperti Hugh Jackman, Russell Crowe, Anne Hathaway, Helena Bonham Carter dan juga Sacha Cohen ini ternyata berjaya memukau penonton. Filem ini mengambil tempat pada zaman sebelum revolusi Perancis sehingga permulaan revolusi Perancis.
Berkisar kepada Jean Valjean (Hugh Jackman) yang merupakan seorang bekas banduan yang memulakan kehidupan baru selepas melanggar perintah parole. Beliau telah berjanji dengan Fantin (Anne Hathaway) untuk menjaga anak Fantin bernama Cosette (Amanda Seyfried)selepas kematiannya. Dalam masa sama Jean Valjean diburu oleh seorang inspector bernama Javert (Russell Crowe). Keputusan yang dibuat Jean Valjean ini telah merubah kehidupan mereka selamanya.
Setiap babak dalam filem ini dibawa dengan baik sekali dengan iringan muzik yang bertetapan dengan mesej dan emosi yang cuba disampaikan. Dengan kualiti cerita yang tinggi, dijangkakan cerita ini sudah pasti akan mendapat pencalonan yang banyak untuk majlis –majlis anugerah yang akan datang dan tanpa syak lagi merupakan antara cerita yang terbaik dihasilkan bagi tahun 2012.