Odd Thomas [Review]

Odd Thomas merupakan satu filem peniasatan supernatural remaja yang mengisahkan lelaki bernama Odd Thomas yang boleh melihat orang yang telah mati dan membantu mereka mencari pembunuh mereka. Ia dibintangi oleh Anton Yelchin yang terkenal membawa watak Pegawai Chekov dalam filem Star Trek baru.

Odd Thomas

Odd Thomas [Review]

Odd Thomas adalah seorang yang boleh melihat orang yang telah mati, beliau menggunakan kebolehan itu untuk membantu orang yang mati mencari pembunuhnya. Beliau juga boleh melihat makhluk dari dimensi lain yang hadir ketika sesuatu kematian akan berlaku.

Satu hari, dia melihat banyak makhluk ini muncul di bandarnya, menandakan sesuatu malapetaka besar akan berlaku di mana ramai yang akan mati. Dia dan juga teman wanitanya yang sweet bernama Stormy (yang mengetahui tentang kuasa luarbiasanya) telah mengambil keputusan untuk meniasat dan cuba menghalang malapetaka yang akan datang itu.

Malapetaka apa yang akan berlaku dan dapatkah mereka menghalangnya? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda.

Jalan Cerita dan Lakonan

Secara asasnya filem ini ternyata sebuah filem peniasatan remaja kerana jalan cerita dan moodnya tidaklah mencapai tahap sebuah filem untuk dewasa dan tidak pula boleh dikategorikan sebagai filem kanak-kanak. Namun ini tidak bermakna ia suatu filem yang tidak baik. Cuma ia mungkin lebih sesuai disiarkan di saluran HBO Astro berbanding di pawagam.

download

Sungguhpun begitu, jalan ceritanya agak hebat juga. Umpama menonton sebuah filem Detective Conan, cuma bertemakan paranormal. Jalan ceritanya mempunyai putar belit dan misteri yang cukup menghiburkan dan menyebabkan anda sentiasa dalam keadaan meneka apa yang akan berlaku seterusnya. Penamat filem ini juga adalah tidak disangka langsung dan bakal mengejutkan anda yang menonton.

Lakonan watak-wataknya juga agak “chill” dan walaupun Odd Thomas dianggap pelik, namun dia tidak kisah dan menjalani kehidupan seharian dengan bahagia bersama teman wanitanya.

Kesimpulan

Filem ini agak ringan dan sesuai ditonton remaja. Ia tidaklah mempunyai kelemahan yang jelas (kecuali CGI di akhir filem), malah sangat menghiburkan jika anda tidak masuk ke panggung dengan expection yang tinggi dan hanya melayan sahaja jalan ceritanya. Namun, ia tidaklah sehebat filem-filem hantu atau thriller yang berkos tinggi. Tontonlah filem ini jika anda dalam mood yang “chill“.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *