The Legend of Hercules [Review]

The Legend of Hercules merupakan adaptasi dari kisah anak dewa Zeus, iaitu Hercules yang ditakdirkan untuk menumbangkan kerajaan zalim ayah tirinya dan abang tirinya yang bakal menggantikan ayahnya sebagai raja.

Legend of Hercules

The Legend of Hercules [Review]

The Legend of Hercules adalah adaptasi kisah anak dewa Greek Zeus bernama Hercules. Ayah tirinya, Amphitryon adalah seorang raja yang menguasai pelbagain kerajaan dan seorang yang zalim. Abang tirinya Iphicles pula bakal mewarisi takhta, namun dia bukanlah seorang yang layak menjadi raja.

legend-of-hercules-image06

Konflik bermula apabila ayah tirinya mengumumkan akan mengahwinkan putri raja yang merupakan kekasih Hercules kepada anak kandungnya Iphicles. Ini membuatkan Hercules marah. Selepas percubaan untuk melarikan diri bersama kekasihnya gagal, ayahnya menghantarnya ke Mesir untuk menghentikan satu pemberontakkan. Tetapi ini hanya alasan untuk menghalaunya dari negeri itu. Adakah Hercules dapat kembali ke negerinya dan mengahwini kekasihnya? Tontonlah filem ini untuk mengetahuinya.

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini agak cliche dan dari mula lagi pasti penonton akan dapat meneka apa yang akan berlaku seterusnya. Namun cara penyusunan dan adegan perlawanan yang banyak menjadikan filem ini tidak membosankan , walaupun tidaklah begitu epik.

Jalan ceritanya ada mirip-mirp filem Gladiator lakonan Russel Crowe, namun tidaklah sehebat filem tersebut dari segi kehebatan jalan cerita mahupun kualiti produksi.

hercules-the-legend-begins-trailer-panel-hd

Lakonan

Watak utama Hercules dimainkan oleh¬†, seorang pelakon berbadans sasa, tetapi kurang ternama. Mutu lakonannya tidaklah sehebat Russell Crowe dan sering kelihatan agak naif dalam berlakon. Lakonannya sebagai Hercules kadang-kala tidak memberikan rasa “Hero” kepada penonton. Walaubagaimanapun, kebolehannya untuk membuatkan babak lawannya realistik boleh diberi pujian, walaupun pengarah memutuskan untuk mengurangkan “Blood and gore” kepada minimum.

Kesimpulan

Baiknya :

  • Babak lawan yang banyak dan tidak membosankan
  • Berjaya mempamerkan kualiti CGI yang baik, walaupun kelihatan ia sebuah filem dengan kos tidak sebesar filem epik lain.
  • Walaupun jalan ceritanya cliche, ia tidak mempunyai dialog yang kurang bermutu.

Buruknya :

  • Babak bercumbu (tidak keterlaluan) yang agak panjang dan membazir waktu.
  • Jalan cerita yang cliche.
  • Kekurangan dari segi “Blood and Gore” terlalu ketara sehinggakan babak memenggal kepala pun tidak mengeluarkan darah.

Bagi mereka yang agak bosan duduk di rumah, bolehlah dicadangkan filem ini untuk ditonton bersama-sama rakan di panggung wayang, sekaligus mengelakkan cetak rompak. Namun jika anda aktiviti lain, saya cadangkan untuk melakukan aktiviti tersebut berbanding menonton filem ini. Ia tidak cukup epik untuk memungkinkan anda membatalkan plan hujung minggu yang lain.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →